24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate. Mudah Sangat Nak Buat. Memang Sedap!


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 8 keping biskut
  • 250 gram cream cheese
  • 150 gram dairy whipping cream
  • 50 gram gula icing
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 25 gram oreo yang dihancurkan/ 125 coklat yang dicairkan

Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate Mudah Sangat Nak

CARA PENYEDIAAN SANDWICH CHEESECAKE :

▶️ Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.

▶️ Letakkan 4 biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller / peti sementara buat lapisan mousse.

▶️ Aada 2 flavour boleh pilih mana-mana.

1654410302 625 Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate Mudah Sangat Nak

Cara penyediaan sandwich cheesecake oreo :

▶️ Yang ni Oreo. Beat 250 gram cream cheese pada suhu bilik.

▶️ Lepas beat dalam 2 minit, stopkan. Masukan gula icing & essen vanila. Sambung beat sampai sebati.

▶️ Pada bekas lain, beat 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.

▶️ Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.

▶️ Masukan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana. Sebagai flavour sahaja.

▶️ Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan letak lagi 4 keping dekat atas.

▶️ Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.

1654410302 622 Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate Mudah Sangat Nak

Cara penyediaan sandwich cheesecake chocolate :

▶️ Beat 250 gram cream cheese pada suhu bilik.

▶️ Lepas beat dalam 2 minit, stopkan. Masukan gula icing & essen vanila. Sambung beat sampai sebati.

▶️ Dah sebati masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Beat sebati, dah sebati stopkan.

▶️ Pada bekas lain, beat 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.

▶️ Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.

▶️ Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan letak lagi 4 keping dekat atas.

▶️ Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.

1654410302 152 Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate Mudah Sangat Nak

Cara hias :

▶️ Gula atas tu pakai dusting sugar baru dia tak menyerap. Kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing.

 

BACA JUGA : Resepi Daging Masak Blackpepper Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang! Biskut ni lagi sedap makan sejuk-sejuk yang keluar dari peti. So, korang yang belum pernah try atau tak pernah jumpa sandwich cheesecake ni, bolehlah cubasekali kat rumah. Follow je step by step resepinya kat sini, confirm menjadi!

1654410303 141 Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate Mudah Sangat Nak

Macam-macam resepi kek dan puding korang boleh usha kat Facebook Encik Muhammad Ali. Semuanya nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Rugi sangat tak save resepi-resepi beliau. 

Ribuan terima kasih di ucapkan juga kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi sandwich cheesecake flavour oreo dan chocolate ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!


Sumber: kongsiresepi.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI