Semenjak akhir-akhir ini, langit asyik gelap sahaja dan hujan selalu. Datang sahaja musim sebegini, mesti rasa malas nak menyediakan lauk makan malam yang susah dan banyak persiapannya. Kalau boleh, nak ringkas-ringkas sahaja.
Tak perlu pening, anda cuma perlu menyediakan hidangan singgang ketam yang telah dikongsikan oleh Asmiera Cik As ini di laman Facebook. Sedap dimakan bersama nasi putih dan lauk lain, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Resepi Singgang Ketam, Best Sangat Bila Makan Ketika Hari Hujan. Sedapnya Sampai Tak Boleh Bawa Bincang!
Bahan-bahan
- 4 ekor ketam
- 3 batang serai
- 1/2 biji bawang holland
- Halia
- Lengkuas
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cabai merah atau hijau
- Bendi
- Jus limau nipis atau asam keping
Cara-caranya
Rebus semua bahan kecuali gula, garam, jus limau atau asam keping, cabai, bendi dengan ketam.
Bila sudah mendidih, masukkan ketam, tutup sekejap supaya ketam masak.
Perasakan dengan jus limau gula dan garam mengikut citarasa.
Tambahkan bendi dan cabai.
Panaskan sekejap dan sedia untuk dihidangkan.
Mudah sahaja resepi ini, kan? Campak-campak sahaja kesemua bahan terus menjadi, tak perlu nak kacau apa semua. Walaupun ringkas, lauk inilah antara yang paling sedap untuk dihidangkan ketika hari sedang hujan.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: Asmiera Cik As
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.