25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Resepi Sotong Sumbat Telur Masam Manis, Sajian Untuk 8 Ekor Sotong!

Sotong merupakan lauk yang menjadi keutamaan juga di Malaysia selain ikan dan ayam. Lauk sotong boleh dimasak dengan pelbagai resepi masakan mengikut pilihan masing-masing. Ada yang goreng, buat gulai atau masak dengan cara sambal. Terserah sahaja mahukan bagaimana.

Jadi, untuk resepi kali ini, kami ingin kongsikan satu resepi sotong yang jarang dibuat tetapi sebenarnya cara memasaknya sungguh senang. Mari kita baca dan buatnya sama-sama!

Resepi Sotong Sumbat Telur Masam Manis, Sajian Untuk 8 Ekor Sotong!Bahan-Bahan:8 ekor sotong sederhana saiznya (dibersihkan)2-3 biji telur1 keping tauhu basah (dilenyek)sedikit udanng basah (dicincang) – optional1/2 labu bawang besar (dihirs dadu) – optionalsedikit serbuk lada sulah5 biji bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)1 sudu makan udang kering (dikisar)3 sudu makan cili giling1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuhkan dengan sedikit air)sedikit serbuk kunyit1 tangkai daun karisedikit kicap pekatsedikit kicap manissedikit air asam jawagaram secukup rasagula secukup rasaCara Penyediaan:Bancuhkan telur bersama sedikit garam,, lada sulah, tauhu dan udang. Kemudian gooreng hingga kering. Jika berair, toskan dan ketepikan.Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit. Kemudian  sumbatkan dengan inti telur tadi sampai habis. Sematkan dengan lidi.Goreng sebentar dalam 1 minit, kemudian buka lidinya supaya masa menumis nanti isinya tidak keluar.Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar dan daun kari hingga wangi. Masukkan cilii giling dan rempah kari. kacau hingga pecah minyak.Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan air asam jawa.Kacau lagi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sotong. Kacau hingga kuahnya pekat.Angkat dan hidangkan!

sotong sumbat telur sotong sumbat telur sotong sumbat telur

Yeaaay! Sudah siap kita punya menu sotong sumbat telur masam-manis. Memang mengancam rasanya. Bayangkan makan satu lauk tapi rasa dua rasa. Mencipta rasa yang berbeza. Untuk orang yang baru tahu ataupun sudah tahu tetapi ingin buat sendiri, bolehlah rujuk resepi ini.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Aisyah

Baca juga: Resepi Bako Pandan Filipina, Pemanis Mulut Paling Laris Musim Panas!

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI