Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Telur Rebus
- Air asam jawa
- Tomato
- Bawang besar
- Cili api
- Cili merah
- Sedikit belacan
- Kerisik
- Gula dan garam
CARA PENYEDIAAN TELUR REBUS AIR ASAM VIRAL :
▶️ Semua bahan diracik. Make sure belacan tak berketu.
▶️ Masukkan air asam, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Gaul hingga sebati.
▶️ Letak tepi sekejap bagi mesra dulu.
▶️ Belah telur dan curahkan air asam.
BACA JUGA : Resepi Kek Sarang Semut Versi Tak Perlu Perap Atau Peram Adunan. Bersarang Elok Jadinya!
Bismillah. Jangan marah kalau makan nasi bertambah! Memang sedap sangat ye telur rebus air asam ni. Rugi sangat kalau tak cuba! Kalau nak makan sorang dan suka pedas-pedas, korang boleh lebihkan penggunaan cili api. Rasa pedas-pedas baru syok nak makan nanti.
Ada macam-macam lagi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Norlela Baharudin melalui laman Facebooknya. Korang bolehlah usha mana resepi yang korang rasa nak cuba. Seronok kan kalau kita pandai masak macam-macam ni. Suami pun makin sayang!
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi telur rebus air asam viral yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.