Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Cili padi ikut kuantiti kepedasan yang nak
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai di ketuk
- 2 helai daun limau
- 2 sudu sos tiram
- 1/2 ekor ayam
- Garam secukup rasa
- Gula sedikit saja
- Air sedikit (nak letak boleh , tak nak letak pun boleh)
CARA PENYEDIAAN TUMIS AYAM SERAI :
▶️ Blend bahan guna chopper atau guna blender. Nak tumbuk pun boleh, takde hal. Dan ini halus kejadiannya.
▶️ Goreng ayam separuh masak. Jangan garing. Nanti ayam keras.
▶️ Pakai minyak yang sama. Buang minyak lebih. Tumis bahan yang kita blend tadi.
▶️ Masukkan serai yang dah di ketuk. Kemudian, masukkan daun limau.
▶️ Masukkan ayam yang kita goreng separuh tadi.
▶️ Masukkan pula sos tiram dan garam secukupnya. Letak sedikit gula nak bagi rasa sebati.
▶️ Nak berkuah. Letaklah sikit air. Tak nak letak pun takpe.
▶️ Siap! Boleh makan dengan nasi dan telur dadar.
BACA JUGA : Resepi Puding Roti Marble Guna Sukatan Cawan. Cantik Dan Sedap Sangat Kejadiannya. Wajib Try!
Siap untuk di hidang! Korang yang duduk bujang tu dah boleh try masak lauk ni. Bagi pedas sikit, barulah syok nak makan. Duduk sorang bolehlah bagi pedas kan. Kalau ada anak-anak kena control pedas tu, tak pun kena masak lauk lain pula.
Untuk pengetahuan korang, Cik Puan Noratiqah Nordin ni memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Korang boleh tengok setiap resepi yang beliau share, akan ada link resepi yang lain sebelum ni beliau buat. Senang korang nak memilih nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi tumis ayam serai yang simple, mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.