24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Resepi Turun Temurun Nenek Moyang, Ini Dia Manisan Tradisi Bubur Merah Putih Yang Paling Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba!

Makanan tradisi merupakan makanan yang kebiasaannya didapati oleh masyarakat, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Masyarakat Malaysia sendiri kaya dengan khasiat makanan tradisional seperti kuih lapis, bubur merah putih, kuih bahulu dan sebagainya.

Antara manisan tradisi termasuklah bubur merah putih. Bubur ini berasal dari Jawa yang membawa maksud tersendiri. Warna bubur itu sendiri mempunyai lambang yang mewakili lelaki dan perempuan dan ditafsirkan sebagai kehidupan baru.

Cara untuk membuat bubur merah putih ini sangatlah senang. Ini dia resepi yang telah dikongsikan di facebook.

Resepi Turun Temurun Nenek Moyang, Ini Dia Manisan Tradisi Bubur Merah Putih Yang Paling Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba!

bubur merah putih

Bahan-bahanCara penyediaan

Masak beras dan pulut dalam sebuah periuk. Jangan lupa daun pandan sekali. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga beras pecah dan lembut. Masukkan santan dan kacau sehingga pekat dan berkilat.

Tambahkan secubit garamApabila sudah masak betul asingkan bubur ke dalam mangkuk yang lain ( sebagai topping )Baki di dalam periuk masukkan gula merah dan kacau hingga larut. Ukur tahap kemanisan, jika kurang manis masukkan gula pasir.Di mangkuk bubur yang diasingkan tadi tambahkan garam agar rasanya menjadi lemak masin.

Hidangkan dengan kaedah sukatan 80% bubur merah dan 20% bubur putih. Boleh dimakan dengan Raja Buah jika suka.

bubur merah putih

Yeayyy! Bubur merah putih kita sudah siap . Makan manisan ni waktu petang memang sedap sangat. Sesiapa yang tak pernah cuba resepi bubur merah putih ni bolehlah cuba! Tak akan rugi sebab sedap dan mudah untuk disediakan.

Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Siti Suhaidawati Sahib

Baca juga: Resepi Bubur Ayam Ala MCD Versi ‘Baby’ Yang Cukup Mudah. Tiada Gula, Garam Dan Msg!

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI