26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Resipi Kimchi Tekak Melayu Yang Boleh Diterima Tekak Orang Malaysia, Bahan Dibeli Tak Sampai RM10 Dah Dapat Hasilkan Hidangan Korea Ini

Biasanya sangat susah makanan korea seperti kimchi ini untuk kena dengan tekak kita yang melayu ini. Bila dah tekak melayu ni, lagi susah untuk terima hidangan orang luar.

Jadi, apa kata kita cuba masak menggunakan resepi Kimchi Tekak Melayu ini yang sesuai dengan selera kita.

Resipi Kimchi Tekak Melayu Yang Boleh Diterima Tekak Orang Malaysia, Bahan Dibeli Tak Sampai RM10 Dah Dapat Hasilkan Hidangan Korea Ini

Resepi Kimchi Tekak Melayu ini dikongsikan oleh Noor Azmawani dan dikongsikan oleh Facebook Page Ibu Resepi.

Kimchi Tekak Melayu

Bahan-Bahan:Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besarSebiji carrot merah – hiris nipisSebiji carrot putih – hiris nipisSegenggam daun bawang – potong sederhana panjang5 ulas bawang putih *Sebiji bawang holland (sederhana besar) *Satu inci halia tua *5 sudu sos ikan *2 sudu kecil gula merah *3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *Garam halus secukupnya3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)Cara Penyediaannya:Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.

Kimchi Tekak Melayu Kimchi Tekak Melayu

Nota Kasih Sayang:Kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.Kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.Simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.Nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.Sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.

Agak-agak senang tak nak hasilkan Kimchi Tekak Melayu ini? Mudah sahaja cara penyediannya, boleh lah makan sambil menonton korean drama bersama suami tercinta.

Kredit: Facebook Page Ibu Resepi

Baca Juga: Ini Caranya Untuk Menyediakan Kimchi Timun, Sangat Rangup & Sesuai Dimakan Bersama Pelbagai Jenis Lauk

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI