30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022
spot_img

Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15 September 2022

Anda mungkin pernah mengenali sebuah resort dengan nama Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, terletak di Lumut, Perak.

Bagaimanapun, resort berkenaan telah ditutup buat beberapa ketika bagi proses ubah suai dan pengambil alihan kepada jenama baru.

Kini, ia akan dibuka semula pada 15 September 2022 ini dengan operator dan jenama baharu iaitu Doubletree by Hilton Damai Laut Resort.

Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

1663137609 240 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

1663137610 762 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

Proses renovasi dan penambahbaikan telah dilakukan. Kini resort tersebut tampil dengan dekorasi lebih segar dan kontemporari.

Doubletree by Hilton Damai Laut Resort merupakan resort Doubletree by Hilton yang ke-2 di negara ini selepas Doubletree Resort by Hilton Penang.

1663137610 193 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

1663137611 164 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

Resort ini bakal mempunyai 294 unit penginapan terdiri daripada bilik jenis biasa, bilik eksekutif dan juga suite.

Bagi aktiviti mesyuarat, resort ini menyediakan 10 bilik mesyuarat dengan keluasan keseluruhan 1,418 meter persegi. Bilik mesyuarat terbesar pula mempunyai keluasan 871 meter persegi.

1663137611 734 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

1663137612 733 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

Tarikan utama resort ini sudah pastilah kerana lokasinya berdekatan pantai dan kolam renangnya yang memang mesra kanak-kanak.

Tetapi, kalau anda nak makan di luar atau berjalan-jalan, sila ambil maklum dahulu bahawa resort ini terletak jauh ke dalam dari jalan utama ya.

1663137612 576 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

1663137613 275 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

Tempahan sudah mula dibuka di laman web Hilton untuk tarikh 15 september ke atas. Semak harga untuk tarikh yang anda mahukan disini :

📍Doubletree by Hilton Damai Laut Resort, Jalan Damai Laut, Manjung, 32200 Lumut, Perak

1663137614 684 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15

1663137614 1 Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Di Lumut Mula Dibuka 15Sumber: Surgaroute

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI