24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Restoran McD, KFC, Starbucks Tempat Makan, Bukan Korang Tempat Belajar!” – Susahkan Pelanggan Lain Nak Duduk & Kena Tungga Lama

Bukan menjadi benda asing di sini, restoran seperti McDonald’s, KFC dan juga Starbucks menjadi tempat belajar serta lokasi study group buat pelajar-pelajar terutamanya pelajar universiti.

Setelah tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang tidak membenarkan makan di luar rumah atau di tempat awam, hal ini menjadi perdebatan kembali.

Restoran McD, KFC, Starbucks Bukan Tempat Belajar, Susahkan Pelanggan Lain Nak Duduk & Kena Tungga Lama

bukan tempat belajar

Tular satu ciapan pada Ogos lalu, seorang netizen menciap pandangannya yang mewakili kebanyakan orang tentang fungsi sebenar restoran telah menjadi perdebatan ramai.

“Starbucks ialah kafe, bukan perpustakaan. McDonalds adalah restoran makanan segera yang mesra kanak-kanak, bukan perpustakaan.

“Jika tempat-tempat ini sunyi dan anda boleh belajar di sana dengan aman, hebat! Tetapi jangan harap semua pelanggan di restoran atau kafe ini senyap untuk anda, okay,” katanya dalam ciapan itu.

Ciapan berkenaan telah tular dan mendapat persetujuan ramai dengan 17.3 ribu ulang ciap dan 29.8 ribu tanda suka. Ia telah mencetuskan perdebatan dengan pelbagai reaksi dan pandangan.

Meninjau komen netizen tentang hal ini, ada yang menyokong kenyataan di atas dan ada yang sebaliknya. Bagi yang menyokong, mereka menyatakan itu adalah hak pengguna dan pelanggan.

“Starbuck adalah perniagaan, McDonald adalah perniagaan. Selagi pelanggan membayar untuk perkhidmatan itu, anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, fikirkan urusan anda sendiri. Nak study, study, nak party, party. Tiada kewajipan moral atau undang-undang untuk ini dan itu, ia adalah perniagaan, semua orang dialu-alukan,” kata seorang netizen berkenaan isu bukan tempat belajar ini.

Starbucks is a cafe, not a library.

McDonalds’ is a child-friendly fast food restaurant, not a library.

If these places are quiet and you can study there in peace, great! Awesome! But don’t expect all customers in these establishments to be quiet to accommodate you, okay.

— Faizal Hamssin (@faizalhamssin) August 11, 2022

Ada Yang Kurang Setuju, Restoran Adalah Perniagaan, Jadi Kebebasan Pelangganbukan tempat belajar

Dalam perkembangan sama, menerusi ciapan netizen lain, Zamir Mohyedin juga memberi pandangan bahawa keberkesanan belajar di tempat awam seperti McD, KFC dan lain-lain adalah kurang berbanding di rumah sendiri ataupun di perpustakaan.

“Saya tak percaya dengan keberkesanan belajar di tempat awam (McD, KFC dsb). Buang masa, tenaga dan duit. Kemudian tak fleksibel, nak ke tandas, nak solat, barang tak boleh tinggal. Penat, nak rilek,, nak lelap kejap tak selesa.

“Belajar di rumah semua jimat & sangat fleksibel. Nak pergi tempat tujuan dah makan kos untuk bawa barang apa, nak bersiap, kos minyak nak ke sana, ini semua dah makan 1 jam. Sampai-sampai mesti nak rileks dulu, bukan terus buka buku. Kemudian beratur pula buang masa nak beli makanan. Di rumah, bangun tidur, terus boleh buka buku,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga netizen mengatakan bahawa bukan semua orang boleh duduk dan fokus di rumah untuk belajar. Ada yang perlu ke luar mencari ketenangan untuk melapangkan fikiran bagi menimba ilmu untuk menyiapkan tugasan.

“Bergantung kepada orang. Baguslah kalau koranng boleh fokus dekat rumah. Sebab ada setengah orang memang tak boleh tumpu kerja kalau dekat rumah. Baru buka soalan, nak buat air lah. Tiba-tiba teringat nak cuci bajulah. Sakit pinggang baring jap. Tiba-tiba tertido. Jadi, saya lebih fokus kalau belajar di tempat awam,” kata netizen bernama Fadh memberi pendapat tentang isu restoran bukan tempat belajar.

Saya tak percaya dengan keberkesanan belajar di tempat awam (McD, KFC, dsb). Buang masa, tenaga & duit.

Kemudian, tak fleksibel; nak ke tandas, nak solat, barang tak boleh tinggal. Penat, nak rileks, nak lelap kejap tak selesa

Belajar di rumah semua jimat & sangat fleksibel.

— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) January 29, 2020

Ada Orang Tak Boleh Fokus Buat Kerja Di RumahAda Orang Tak Boleh Fokus Buat Kerja Di Rumah

Dalam situasi ini, dia bergantung kepada tempat, persekitaran dan individu sendiri. Jika di restoran itu memang tiada kesesakan pelanggan, bolehlah untuk siapkan tugasan di situ. Tetapi jika ada yang terpaksa menunggu kita menghabiskan pekerjaan kita tanpa ada alasan lain, bagilah yang lebih memerlukan.

Nota: Semua gambar adalah gambar hiasan.

Kredit: Faizal Hamssin

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI