23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

[REVIEW] Murah Tapi Premium! Ini Pengalaman Berbeza Terbang Dengan Firefly Dari Penang Ke Kota Kinabalu

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa, syarikat penerbangan, Firefly telah pun memulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, bermula pada 11 April yang lalu. Dengan kembalinya operasi ini, Firefly menawarkan harga tambang serendah RM49 sehala, murah bukan?

REVIEW Murah Tapi Premium Ini Pengalaman Berbeza Terbang Dengan Firefly

Dalam artikel kali ini saya akan memberikan sedikit penilaian dan pendapat saya selepas pengalaman menggunakan perkhidmatan Firefly pada pertengahan bulan Mei 2022. Penerbangan yang saya lakukan adalah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Kinabalu (KKIA).

Sebenarnya saya pernah menggunakan Firefly sebelum ini dengan pesawat jenis ATR dari Lapangan Terbang Subang ke Alor Setar. Tapi kali ini sedikit kelainan, saya terbang ke Kota Kinabalu dari Penang dengan penerbangan pesawat Boeing 738. Tempoh masa perjalanannya agak lama, lebih kurang 2 jam 50 minit penerbangan dan ia lebih lama dari penerbangan KLIA ke KKIA iaitu 2 jam 30 minit.

Urusan daftar masuk sangat mudah

Ada sesuatu perkara yang menarik untuk dikongsikan, urusan dan proses daftar masuk dengan penerbangan Firefly jsangat mudah, hanya menggunakan Kad Pengenalan sahaja. Tak payah susah-susah nak bawa salinan dokumen perjalanan!

Firefly, Syarikat Penerbangan dengan Tambang Ekonomi Kelas Premium

REVIEW Murah Tapi Premium Ini Pengalaman Berbeza Terbang Dengan Firefly

Sejak penubuhannya, Firefly direka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya seperti Malaysia Airlines. Tiket yang diklasifikasikan sebagai jimat dan berpatutan. Jadi, Firefly boleh menjadi alternatif jika ingin menggunakan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh tetapi pada harga yang berpatutan.

Ada in-flight entertainment?

Perkara utama yang ramai akan tertanya-tanya adakah Firefly dilengkapi dengan in-flight entertainment? Semasa saya mula-mula menaiki Firefly, saya menjangkakan bahawa Firefly mempunyai in-flight entertainment sama seperti berada di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS), malangnya tidak disediakan. Mungkin itu sahaja yang menjadi kekurangan sepanjang berada di dalam pesawat.

Sandaran Kerusi dan ruang kaki

1653985978 319 REVIEW Murah Tapi Premium Ini Pengalaman Berbeza Terbang Dengan Firefly

Keselesaan adalah hal mustahak dalam penerbangan. Firefly menyediakan ruang untuk kaki yang luas, ini kerana kerusi Firefly agak nipis tetapi tidak menyebabkan sakit belakang. Jadi sangat selesa untuk meluruskan kaki anda dan menjadikan diri anda seselesa mungkin.

IKLAN

Untuk makluman, Firefly adalah syarikat penerbangan paling menepati masa di Malaysia. Ya, syarikat penerbangan ‘yang lain’ sering mendapat aduan penangguhan dan bermasalah dalam menepati masa.

Makanan dan Minuman di Firefly

1653985979 148 REVIEW Murah Tapi Premium Ini Pengalaman Berbeza Terbang Dengan Firefly

Pada pendapat saya, hidangan yang disediakan dalam penerbangan Firefly adalah biasa-biasa sahaja, tetapi cukup mengisi perut yang kelaparan. Firefly  menjalin kerjasama dengan beberapa penyedia makanan tempatan Malaysia bagi hidangan panas dalam penerbangan. Terdapat variasi makanan yang anda boleh beli sama ada pra-tempahan ataupun dalam pesawat. Antara pek makanan yang ditawarkan seperti Nasi Kandar, Nasi Lemak, Nasi Asam Pedas dan banyak lagi.

Makanan siap termasuk dalam harga tambang sekiranya anda memilih pakej upgrade PLUS, EXTRA ataupun FLEX. Setiap pakej mempunyai harga dan kelebihan yang berbeza. Jika anda hanya mengambil pakej SAVER, Firefly menawarkan 7KG Carry on Baggage.

1653985979 902 REVIEW Murah Tapi Premium Ini Pengalaman Berbeza Terbang Dengan Firefly

Secara keseluruhan, sebenarnya saya berpuas hati dengan semua perkhidmatan, krew kabin dan juruterbang. Walaupun penerbangan bersama Firefly ini adalah jenis penerbangan tambang murah, tetapi perkhidmatan yang diberikan cukup baik.

Subang ke Singapura

Terkini, Firefly, bakal menyambung semula perkhidmatannya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (SZB) ke Lapangan Terbang Seletar (XSP)Singapura berkuat kuasa 13 Jun 2022.

Penerbangan pergi balik dua kali sehari itu ditetapkan untuk dikendalikan oleh pesawat turboprop ATR 72-500 dengan kapasiti 72 tempat duduk dan akan meningkatkan perkhidmatan mereka secara berperingkat menjelang akhir tahun. Tiket boleh dibeli mulai hari ini dari serendah RM119 sehala dan boleh dijual melalui aplikasi mudah alih Firefly, laman web, pejabat tempahan dan ejen pelancongan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan, muat turun aplikasi mudah alih Firefly atau layari www.fireflyz.com.my

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Sumber: murai.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI