26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

“Rezeki Tak Salah Alamat” – Netizen Terharu Pak Nil Buat GiveAway Spontan, Pemenang Nangis Perlukan Duit

Antara pengacara dihormati negara, sudah tentunya Datuk Hj Aznil Nawawi. Selain terkenal dengan kebolehannya mengacara sesuatu majlis mahupun acara tv, beliau juga terkenal dengan sikap permurah dan membantu mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini viral di platform TikTok, satu sesi live yang dibuat Paknil membuat netizen berasa tersentuh.

@datukaznilnawawi

Benda Ini berlaku secara spontan semasa LIVE Paknil. Allah Yang lorongkan. AllahuAkbar

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Giveaway spontan itu berlaku sewaktu satu sesi live Paknil yang secara tidak sengaja terjumpa sampul raya lama miliknya yang berisi duit. Setiap sampul ada RM5. Paknil terus tanpa membuang masa membuat satu giveaway di mana para penonton perlu meneka jumlah amaun yang ada pada tangannya.

Rezeki tak salah alamat, seorang penonton bernama yayamasom berjaya meneka dengan betul. Paknil terus menghubunginya. Rupa-rupanya yayamasom memang perlukan duit kerana telah berbelanja demi kesihatan dirinya.

Tambah lagi, Paknil yang seakan terkejut kerana duit itu dapat pada mereka yang memerlukan terus nekad menggandakan hadiah giveaway tersebut ke RM1000.

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI