23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Rhadana Kuta – Hotel Halal Pertama Di Bali

Kehebatan Bali, Indonesia sebagai pulau pelancongan dunia sememangnya sukar ditandingi dari segi keindahan serta budaya yang dimiliki oleh pulau negara jiran itu.

Setiap tahun ada sahaja hotel dan resort baharu yang wujud di Bali bagi memenuhi keperluan pelancong dari serata pelusuk dunia yang gemar bercuti serta berbulan madu di sana.

Meskipun Bali yang mendapat jolokan sebagai Pulau Dewata disebabkan kuatnya pengaruh agama Hindu masyarakat di sana — namun itu tidak menjadi penghalang buat pelancong Muslim atau Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mengunjunginya.

Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

Meskipun hampir 90 peratus penduduk Bali adalah beragama Hindu dan antara makanan popular di sana adalah babi guling serta soal makanan halal mungkin agak terhad untuk didapati di sana.

Namun kini anda sebagai Muslim tidak perlu bimbang kerana terbaharu Bali telah memiliki sebuah ‘hotel halal atau mesra Muslim’ pertama seumpamanya di pulau peranginan berkenaan.

Jika ke Bali, anda yang mementingkan keselesaan serta menitikberatkan perihal halal boleh memilih untuk menginap di Hotel Rhadana di Kuta.

1674132257 538 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

1674132258 547 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

Ini kerana Hotel Rhadana merupakan hotel pertama di Bali yang mendapat pengiktirafan Halal dari MUI (Majelis Ulama Indonesia).

Restoran mereka iaitu De’dapoer turut menghidangkan hanya makanan & minuman yang halal. Tiada sebarang alkohol dijual di sana.

Manakala dalam bilik pula, Hotel Rhadana menyediakan kelengkapan peralatan solat seperti sejadah dan telekung bagi menunaikan solat serta Al-Quran.

1674132258 773 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

1674132259 417 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

Hotel Rhadana juga dikenali sebagai ‘The Themed Boutique Hotel’ serta mempunyai keseluruhan 74 buah bilik yang memiliki tema serta konsep berbeza antara satu sama lain.

Untuk rekod — Hotel Rhadana juga pernah dinobatkan sebagai Best Moeslem Friendly Hotel di acara Anugerah Perhimpunan Hotel & Restoran Indonesia (PHRI) 2019.

1674132259 469 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

1674132259 817 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

1674132260 805 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

Satu-satunya kekurangan hotel ini hanyalah ia tidak terletak betul-betul di tepi pantai.

Tetamu perlu berjalan kaki sekitar 10 minit untuk ke pantai terdekat iaitu Pantai Kuta.

1674132260 500 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali1674132260 507 Rhadana Kuta Hotel Halal Pertama Di Bali

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI