26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Rumah hampir tenggelam, ibu beranikan diri jalan atas bumbung sambil dukung anak

Keadaan banjir di Pantai Timur semakin teruk sehingga puluhan ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di setiap negeri masing-masing terlibat.

Susulan keadaan kian teruk, ramai dilihat berpusu-pusu menyelamatkan diri setelah rumah yang didiami dinaiki air. Malah, ada juga kediaman dua tingkat mereka hampir ditenggalami air bah sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan selamat.

Namun, apa yang menyentuh perhatian ramai apabila seorang wanita dipercayai ‘ibu’ memberani diri berjalan atas bumbung rumah sambil mendukung anaknya bagi menyelamatkan diri setelah rumah dua tingkatnya hampir tenggelam.

Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali Suhaimi M Salleh, seorang wanita yang berkaki ayam pada ketika itu dilihat mendukung anaknya sebelum menuju ke arah bot bagi menyelamatkan diri.

Meskipun wanita berkenaan dilihat takut namun dia terpaksa memberanikan diri demi diri sendiri dan nyawa anaknya.

@suhaimi9913

#assalamualàikum #fypシ banjir luar Janka kita terburuk harap smua mangsa tabah hadapi ujian…rumah 2 tingkat pun hampir tnengelam.80 prautus smua duk ats bumbung utk selamatkn diri…kami team penyelamat dah Cuba sedaya upaya membantu😭

♬ Kasihnya Ibu – Wann

Menurut Suhaimi, kawasan tersebut pada kali ini dilanda musibah banjir yang amat teruk sehingga mengakibatkan rumah dua tingkat hampir 80 peratus tenggelam.

“Banjir luar jangka terburuk. Rumah 2 tingkat pun hampir tenggelam 80 peratus. Semua duduk atas bumbung untuk selamatkan diri. Kami pasukan penyelamat dah cuba sedaya upaya membantu,”ujarnya.

Dalam pada itu, Suhaimi berharap agar semua mangsa terlibat sentiasa tabah dalam menghadapi ujian.

Rata-rata warganet turut bersimpati dan sedih apabila mengenangkan nasib yang menimpa keluarga berkenaan termasuklah semua mangsa banjir pada tahun ini.

Screenshot 2022 12 20 at 10.51.14 PMScreenshot 2022 12 20 at 10.51.21 PMScreenshot 2022 12 20 at 10.51.28 PM

Apa-apa pun, didoakan semoga semua mangsa terlibat dan penduduk di kawasan berisiko tinggi sentiasa berwaspada berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga sudah mengeluarkan ramalan barunya bahawa luruan monsun dijangka berlaku di rantau negara sehingga Ahad ini.

Sumber: TikTok @suhaimi9913

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI