23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“sadis” – Syak Suami Curang & Mahu Kahwin Lagi, Wanita Ini P𝚘t𝚘ng Kemаluan Suami

Seorang wanita dari Indonesia bertindak memotong kemaluan suaminya ketika tidur selepas mengesyaki lelaki tersebut berlaku curang serta meluahkan hasrat untuk bernikah sekali lagi.

Menerusi laporan Suara.com, satu pertengkaran telah berlaku antara dia dan suaminya selepas berasa cemburu apabila mendapat tahu lelaki yang dicintainya itu menyimpan keinginan untuk berkahwin bersama wanita lain.

Memetik laporan daripada Ketua Polis Daerah Cikarang, Kompol Mustakim memaklumkan wanita terbabit bertindak menarik seluar mangsa dan memotong kemaluan mangsa dengan menggunakan sebilah pisau ketika sedang nyenyak tidur.

“Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun, si isteri mengaku bertindak memotong kemaluan suaminya akibat cemburu dan disyaki mahu kahwin lagi” kata Kompol.

Susulan itu, lelaki terbabit yang menahan kesakitan terpaksa dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Screenshot 2022 09 13 at 2.25.59 PM

Difahamkan juga, selepas kemaluan mangsa telah dipotong oleh suspek, lelaki tersebut sempat melarikan diri dan meminta bantuan umum yang berada di kawasan berhampiran.

Hasil siasatan mendapati, suspek bertindak kejam sedemikian selepas mengesyaki suaminya itu menjalin hubungan sulit bersama wanita lain setelah membaca mesej di telefon bimbit suaminya.

pisang

Sumber: Suara.com (Riki Chandra)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI