26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Sadisnya” – Remaja Autisme Terjatuh Dari Tingkat 1 Selepas Ditinggalkan Ibunya Yang Keluar Bermalam Di Hotel

Polis menahan seorang wanita yang disyaki mengabaikan anaknya selepas remaja lelaki autisme (masalah pembelajaran) berumur 13 tahun itu cedera apabila terjatuh dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Taman Melawati di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Susulan kejadian itu, mangsa menerima lima jahitan di kepala dan tangan kanan serta mengalami retak pada bahagian muka dan tangannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita tempatan berusia 43 tahun itu telah bertindak meninggalkan mangsa sendirian pada 9.15 malam Jumaat lepas untuk membawa anak perempuannya yang berumur lima tahun ke kelas latihan renang dan bermalam di sebuah hotel di Damansara.

“Mangsa telah terjun dari tingkat satu dan terjatuh di atas sebuah kereta dan kini menerima rawatan di Hospital Ampang di sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata hukuman bagi Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntuk denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang esok  bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI