Baru-baru ini, usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suami dan anak-anaknya telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kak KM di laman TikToknya, dia memaklumkan pada tarikh 22 Disember sudah genap 20 tahun usia perkahwinannya bersama suami tercinta.
Susulan itu, dia telah membuat keputusan untuk meraikan hari bahagianya itu bersama empat orang anaknya dengan bertemakan busana serba putih.
Pun begitu, apa yang meraih perhatian ramai adalah pakaian yang digayakan oleh Kak KM dan dua orang anak perempuannya itu telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, busana yang agak seksi digayakan oleh mereka dianggap keterlaluan sehingga menampakkan aset telah mengundang kritikan dan cemuhan orang ramai.
♬ original sound – Lianarosli.sweetdara – Lianarosli.sweetdara
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen hanya mampu ‘tepuk dahi’ selepas melihat penampilan keluarga tersebut yang mencolok mata dan tidak berani memberikan sebarang komen yang berbaur negatif memandangkan mereka juga mempunyai anak perempuan.
Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa pelik apabila suami Kak KM yang membiarkan sahaja anaknya berpakaian sedemikian walhal ia tanggungjawabnya sebagai seorang bapa menegur dan mendidik anaknya untuk menutup aurat dengan sempurna.
Pun begitu, disebalik kecaman dan kritikan yang dilemparkan, ada juga netizen yang tidak pernah berhenti untuk mendoakan agar Kak KM dan sekeluarga diberi hidayah untuk menutup aurat dengan lebih baik baik sebagai seorang yang beragama islam.
Sumber: TikTok @lianarosli.sweetdara
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.