26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Sampah Penuh Dalam Kereta…” – Ramai Pening Kepala Lihat Gelagat Pemandu Ini Kumpul Sampah & Plastik Makan Dalam Kereta

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, aspek kebersihan perlu lah sentiasa dititikberatkan. Ia juga melambangkan keperibadian diri kita dan orang lain juga sangat selesa bila kita menjaganya.

Dari penampilan ke harta benda, segalanya perlu berada dalam keadaan yang bersih dan kemas kerana kini ramai yang menilai seseorang itu daripada kebersihan.

Walaupun begitu, masih ada lagi ramai di antara kita yang buat tak endah dengan aspek kebersihan dan selesa duduk dalam keadaan yang kotor.

Kumpul Sampah Plastik & Makanan Dalam Kereta, Ramai Pening Kepala Lihat Gelagat Pemandu Ini

Sedang berada di stesen minyak Petronas untuk berehat semasa dalam perjalanan, seorang wanita esyesc telah terserempak dengan seorang pemandu pelik.

Memarkir kereta di sebelahnya, wanita itu terkejut apabila melihat keadaan dalam kereta pemandu tersebut.

Hampir penuh dengan sampah plastik dan makanan, wanita itu terkedu, tidak tahu bagaimana pemandu itu boleh membiarkan keretanya berada dalam keadaan sebegitu.

Kumpul Sampah Plastik

“Kereta tong sampah! Selalu tengok rumah orang je yang suka suka simpan sampah.. ni kereta!”, jelasnya.

Tambahan pula, setelah menghabiskan minumannya, pemandu tersebut dengan selambanya membuangnya di luar tingkap dan memandu pergi.

Kumpul Sampah Plastik Kumpul Sampah Plastik

Melihat tindakannya, wanita itu kesal dengan sikap yang kurang bertanggungjawab darinya.

Pertemuannya dengan pemandu tersebut merupakan kejadian yang sangat pelik tapi benar-benar berlaku ke atas dirinya.

@esyesc Hahaha pelik tapi benar😂😂 yg tak tahan tu slumber je dia buang bekas air dia minum tu kt pump minyak pulak tu😂😂 Seblh aku dia campak cawan tu 😂😂#manusiapelik ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Terkejut dengan keadaan kereta tersebut, orang ramai turut keliru bagaimana pemandu tersebut boleh selesa dan membiarkannya begitu.

“Takde lipas membiak terbang-terbang ke dalam tu?”, soal pengguna Atiqah.

Selesa Memandu Dalam Keadaan Begitu, Orang Ramai Pening Kumpul Sampah Plastik

Kalau kita yang berada dalam tempat pemandu tersebut, sudah tentu kita akan berasa sangat tidak selesa dan rimas dengan sampah dan baunya. Agaknya bagaimanalah dia boleh menghadapi perkara itu?

Kalau sesiapa yang mempunyai kenalan yang mempunyai sikap sebegini, pergilah tegur kerana bila sudah menjadi satu tabiat, mereka tidak sedar dengan kesalahan yang dilakukan.

Kredit: esyesc

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI