28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Santai layan filem Antman, Hafidz Roshdi disindir netizen-“Baru keluar surau ke?”

Susulan dakwaan berlaku curang di belakang isteri,Nurul Shuhada Mat Shukri, nama pelakon Hafidz Roshdi hangat seperti pisang goreng di media sosial.

Lebih bertambah panas dan sensasi apabila turut tular tangkapan layar menunjukkan mesej yang didakwa dihantar Hafidz kepada seorang wanita.

Meskipun menerima banyak kecaman daripada wargenat kerana tergamak menyakiti hati seorang isteri, aktor berusia 28 tahun itu tetap santai dan tidak mudah melatah. Malah, dia seakan mengikut rentak warganet di mana makin kerap memuat naik foto dan melakukan sesi ‘live’ di media sosial.

Terbaharu, pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik sebuah foto ‘mirror selfie’ dalam tandas di sebuah pusat membeli-belah di Klang, Selangor.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Bisik Bisik Gelora memberitahu dia baru sahaja selesai menonton filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam seluruh Malaysia dan antarabangsa.

“Korang kena tengok Antman, best (emoji ibu jari ke atas). Movie review 9.5/10,”tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka menyindir Hafidz dengan ayat yang digunapakai sewaktu mesej ‘sweet’ dengan wanita dipercayai kekasih gelapnya.

Screenshot 2023 02 18 at 8.58.42 PM Screenshot 2023 02 18 at 8.58.49 PM Screenshot 2023 02 18 at 8.58.56 PM Screenshot 2023 02 18 at 8.59.07 PM Screenshot 2023 02 18 at 8.59.11 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.00.50 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.00.57 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.01.02 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.01.12 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.01.18 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.01.28 PM

Sementara itu, kebanyakan mereka memuji sikap bersahaja Hafidz yang dilihat kekal santai dan tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang terpalit dengan kontroversi curang.

Mereka mengatakan Hafidz tiada perasaan dan tidak seperti pengarah sensasi Syamsul Yusof yang mengehadkan bilangan mahupun tutup ruangan komen daripada dihujani warganet.

Screenshot 2023 02 18 at 9.03.55 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.03.59 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.04.54 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.05.04 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.05.40 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.06.08 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.06.15 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.06.59 PM Screenshot 2023 02 18 at 9.07.31 PM

Terdahulu, nama Hafidz Roshdi telah ‘dipetik’ netizen susulan tularnya berita seorang pelakon berlagak alim kantoi curang dan bertukar mesej mesra dengan wanita lain.

Tindakannya itu diketahui oleh isteri namun dia memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak bekerja dan menguruskan anak-anak di rumah.

Sumber: Instagram @hafidz.roshdi

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI