26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

Satu-Satunya Calon PRU OKU, Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini?

Meskipun menghidap penyakit spina bifida sejak lahir, kemunculan istimewa tokoh profesional Orang Kurang Upaya (OKU) Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz di pentas Pilihan Raya Umum (PRU15) membuktikan politik Malaysia semakin terbuka.

Biarpun diduga dengan kekurangan fizikal tetapi bekas pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) ini seorang yang sangat kental dan tidak gentar untuk bertanding di peringkat Parlimen sekaligus bakal melakar sejarah baru dalam portfolio kariernya.

Ketika hadir untuk proses penamaan calon baru-baru ini, Dr Noraishah yang kini berusia 47 tahun kelihatan sangat selesa berkerusi roda dari jalan utama lokasi perhimpunannya bersama para penyokong sebelum bergerak menuju ke Pusat Penamaan Calon Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya.

Satu Satunya Calon PRU OKU Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini

Kekurangan fizikal bukan penghalang untuk beliau mendekati pengundi waima terpaksa ‘mengesot’ untuk bergerak jika keadaan memerlukan selain sedia berkongsi nombor telefon peribadi kepada pengundi untuk berkomunikasi.

“Saya beri nombor telefon kepada penduduk Putrajaya. Kalau ada permasalahan yang ingin dikongsi boleh hubungi saya. Saya juga ada buku nota untuk catat perkara-perkara penting ketika bertemu orang ramai,” katanya yang berpendapat aspek kemudahan OKU perlu ditambah baik.

Satu Satunya Calon PRU OKU Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini

JALANI 13 PEMBEDAHAN

Pengalaman hidup sebagai orang kelainan upaya (OKU) sejak lahir menjadikan semangat Noraishah begitu kuat. Siapa sangka wanita ini pernah menjalani 13 pembedahan.

“Walaupun saya berkerusi roda tetapi say sebenarnya seorang yang lasak. Benda utama yang saya telah lakukan bertahun-tahun lamanya adalah galakkan golongan ibu yang ada anak-anak seperti saya untuk lakukan latihan jasmani.

1667932917 656 Satu Satunya Calon PRU OKU Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini

“Saya masih boleh bergerak dan memandu. Sekiranya ada yang membantu untuk mengangkat, saya sanggup asalkan niat kita mahu melakukan kebaikan maka tiada yang mustahil,” katanya.

1667932917 595 Satu Satunya Calon PRU OKU Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini

Matlamat Noraishah ialah untuk memudahkan urusan orang kelainan upaya (OKU) memohon bantuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sistem di JKM perlu melalui proses penambahbaikan.

Beliau sedih melihat OKU terpaksa pergi ke pejabat JKM berulang kali tetapi borang yang mereka serahkan tidak mempunyai dokumen yang mencukupi, kemudian ditolak.

INFO DR NORAISHAH MYDIN ABDUL AZIZ

1667932918 867 Satu Satunya Calon PRU OKU Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini

• Beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaya (UM) sejak 1 September 2007 dan melepaskan jawatan sebagai pensarah secara rasmi pada 4 November 2022.• Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), [jazah Sarjana dalam bidang genetik serta melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang bioteknologi perubatan (pengkhususan developmental neurobiology) dari University of London.

1667932918 827 Satu Satunya Calon PRU OKU Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini• Dr Noraishah merupakan aktivis yang menghidap penyakit spina bifida sejak dari lahir.• Beliau berasal dari Kuala Lumpur.• Dilahirkan pada 3 Mei 1975.• Merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

1667932919 607 Satu Satunya Calon PRU OKU Jom Kenali Siapa Dr Noraishah Ini

Kredit Foto: Twitter Dr Noraishah Mydin Abd Aziz

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI