“Saya baik-baik saja.”
Demikian kata pelakon terkenal Nad Zainal mengenai keadaan dirinya selepas sah berc𝚎rai dengan suami, Muhammad Faliq Amiruddin, 34.
Nad, 32, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedαhkan butiran perc𝚎raian mereka.
“Betul, kami sudah berc𝚎rai. Tapi saya minta maaf sebab kami dah bersetuju tak nak kongsi lebih lanjut. Minta maaf sangat,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Nad, dia dan bekas suami masih baik selain kini mahu memberi fokus kepada kerjaya.
“Sekarang ini anak-anak dengan saya. Hubungan dengan bekas suami juga baik. Saya okay saja. Saya nak kerja saja sekarang,” katanya.
Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: www.keramatviral.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.