26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

“Saya bernazar”- Mona Allen bertudung selepas dikurniakan rezeki zuriat

Selepas beberapa kali mendiamkan diri daripada mengakui sudah bertudung, akhirnya aktres jelita, Mona Allen tampil bersuara dan memberikan penjelasan mengenai hal tersebut.

Mona yang juga isteri kepada pelakon hebat, Pekin Ibrahim mengakui dia kini menunaikan hajat dan tekad untuk bertudung selepas dikurniakan anak pada 31 Ogos tahun lalu.

Katanya, dia bernazar tanpa pengetahuan suami untuk memakai tudung sekiranya diberikan rezeki zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.

“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami,”ujarnya.

Dalam pada itu, aktres berusia 37 tahun itu mengatakan suaminya tidak pernah memaksanya untuk bertudung. Malah, Pekin juga menitipkan pesanan untuk tidak membuat sebarang pengumuman dalam media sosial mengenai hal tersebut kerana risau akan menjadi mangsa kecaman.

“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,”katanya lagi.

Mona berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat Pekin, Little Joe Mesra Car Air Freshener, di ibu negara.

Terdahulu, penampilan pemilik nama Munna Hafiraneza Allen telah mencuri perhatian ramai apabila dia banyak berkongsi imej bertudung di laman Instagram.

Pun begitu, suaminya, Pekin menitipkan pesan supaya tidak perlu membuat perkongsian di media sosial memberitahu sudah berhijab ataupun belum. Namun, dia tetap berharap Mona akan terus bertudung sampai bila-bila.

Selain itu, Mona juga mengatakan dia belum bersedia untuk mengatakan dirinya sudah bertudung sepenuhnya, sebaliknya mengakui dia masih dalam fasa memperbaiki penampilannya.

279586297 1145770456224300 7081136229480437472 n 768x960 1

Aktres kacukan Melayu-Scotland mengatakan dia juga memperlahankan aktiviti kariernya sebagai anak seni buat sementara waktu kerana mahu memberi tumpuan membesarkan Petra Pekin.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI