24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Saya bukan penyondol!”- Tom nafi rampas Fuad Rahman dari bekas isteri

Penyanyi, Tom menafikan dirinya seorang penyondol seperti mana dituduh oleh seorang individu dengan mengaitkan punca keretakan rumah tangga kekasihnya, Fuad Rahman.

Memetik Media Hiburan, Tom menjelaskan hubungan Fuad dan bekas isterinya sudah pun berakhir sebelum mereka kembali bercinta.

Malah, bekas isteri Fuad juga tahu mengenai hubungan mereka.

“Hubungan dia (Fuad) dan bekas isteri dah berakhir. Cuma ada beberapa urusan belum selesai.
“Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya ukan penyondol,”katanya.

277076317 1729422444056008 1126770465578990045 n

Tom tampil memberi kenyataan apabila ada individu memberikan komen mendakwa Fuad masih suami orang serta meminta bukti penceraiannya dengan bekas isteri di mahkamah.

Screenshot 2022 12 15 at 5.49.23 PM

Dalam pada itu, Tom memberitahu dia mengetahui bahawa hubungan Fuad dan bekas isterinya mempunyai masalah. Disebabkan itu, dia sudi menerima cinta Fuad dan memberi sokongan buat kekasih hatinya.

“Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melalui waktu sukar.
“Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu. Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman,” katanya.

313960598 1294708451282050 5175588738888711807 n 768x768 1

Terdahulu, Fuad sendiri menegaskan Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram bukanlah orang ketiga dalam rumah tangganya kerana dia dan isteri sudah bercerai.

Dan, dia juga mendedahkan Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram adalah bekas kekasihnya pada 2005 tetapi mereka terpaksa berpisah oleh kerana dipenjara selama lima tahun.

Sumber: Media Hiburan

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI