26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Saya Mаsuk GV9 Juga Bukаn Kerаnа Duit Tetаpi…,” – Shilа Amzаh

New Phototastic Collage 23

Penyanyi Shila Amzah mengakui dia sudah bersedia berdepan dengan krit1kan termasuk kec4man daripada netizen sekiranya ada yang mend4kwa dirinya tidak sesuai menyertai program  Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kerana masih lagi aktif.

Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Hamzah, 32, berkata penyertaannya dalam program realiti itu adalah untuk memperbaiki diri, selain ingin keluar dari zon selesa.

Capture 39

“Saya masuk program ini juga bukan kerana duit tetapi kerana saya melihat program realiti ini adalah tempat yang sesuai untuk seorang penyanyi itu berkarya.

“Memang sebelum ini saya ada menyertai dua pertandingan nyanyian iaitu The Masked Singer dan Anugerah Juara Lagu tetapi kedua-dua pertandingan itu mempunyai konsep berbeza.

“Setiap minggu kita akan cuba untuk tampilkan persembahan yang terbaik dan mencabar kreativiti sendiri. Sebagai penyanyi, program ini membantu kita untuk lebih yakin sekali gus memberi kepuasan kepada diri sendiri.

“Kalau nak cakap t4kut pada krit1kan atau kec4man, sebelum ini pun saya sudah lalui pelbagai kontr0versi. Saya juga tak kisah jika kena krit1kan dari segi nyanyian kerana lebih baik orang kritik pasal kerja berbanding soal peribadi,” katanya.

Capture1 23

Biar tidak menafikan dirinya takut jika perjuangannya dalam program itu terhenti di pertengahan jalan namun Shila mahu bersikap positif.

“Selalunya perkara yang paling buat saya takut apabila menyertai pertandingan nyanyian adalah penyingkiran. Kalau boleh saya nak elak perkara itu dari berlaku pada saya.

“Namun seandainya saya tewas, sebagai peserta paling muda, saya tetap berasa bangga kerana mereka yang bersaing bukan calang-calang,” katanya lagi.

Terdahulu selain Shila, penyany wanita solo lain yang turut menyertai program itu ialah Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy, Haida Hasnan dan Tom.

Capture 40

Sementara peserta peserta lelaki solo pula terdiri daripada Tomok, Roy Kapilla,  Bob Yusof, Asheed Def-Gab-C, Fuad Rahman dan Hazrul Nizam.

Kumpulan VE dianggotai Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim sebagai peserta berkumpulan turut mencuba nasib.

Konsert mingguan GV9 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 10 minggu bermula 18 September depan.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Komen netizen:

Capture3 1

Capture4 2

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: www.keramatviral.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI