25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

“Saya pernah lalui perpecahan, memang sakit”- Mamat Sepah harap Jep, Shuib ‘getback’

Pelawak Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berharap agar dua orang sahabatnya, Shuib dan Jep tidak berpecah dan dapat menyelesaikan konflik yang ada dengan cara yang baik.

Menurut laporan mStar, Mamat turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perselidsihan faham antara dua selebriti tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka kan, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.
“Saya kenal mereka sebab Shuib dan Jep memang rapat dan tidak mungkin akan bergaduh macam ni sekali, kalau ada tu pun perkara biasa saja, harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui itu,
“Kepada orang di luar atau netizen yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana,” katanya.

Screenshot 2023 03 09 at 3.33.18 PM

Susulan itu, dalam sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai yang memuji jawapan matang yang diberikan oleh Mamat mengenai konflik tersebut meskipun dia sudah tidak berada dalam satu kumpulan yang sama.

@memes.puaka

credit: youtube mstaronline #fyp #berandatiktok #bikinpanas

♬ original sound – buletin.tiktok 📺 – buletin.tiktok 📺

Screenshot 2023 03 09 at 3.21.16 PM Screenshot 2023 03 09 at 3.21.28 PM Screenshot 2023 03 09 at 3.21.36 PM

Terdahulu, Jep Sepahtu mengeluarkan kenyataan dengan memberi penjelasan mengenai situasi sebenar yang membabitkan status Shuib Sepahtu dalam program realiti Sepahtu Reunion Live (SRL).

Menurut Jep, sahabatnya itu telah digantung selamadua minggu oleh pihak Astro kerana membuat aksi yang didakwa lucah ketika dalam program tersebut.

jep 1

Disebabkan itu, Astro meminta agar Shuib membuat permohonan maaf berhubung babak berkenaan namun, difahamkan pelawak tersebut seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakannya.

Sumber: mStar (Faiz Izzat)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI