23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“Sayu Dan Pilu” – Mangsa Ke-26 Ditemui Berpelukan Dengan Anjingnya

Mayat mangsa tanah runtuh iaitu lelaki dewasa yang dikesan di Sektor B (Farm View), ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjingnya.

Sayu Dan Pilu Mangsa Ke 26 Ditemui Berpelukan Dengan Anjingnya

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata difahamkan, mangsa ke-26 itu datang ke tapak perkhemahan itu bersama tiga ekor anjingnya, namun hanya dua ekor anjingnya ditemukan bersamanya.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, manakala anjingnya diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau memberitahu media demikian pada sidang media mengenai situasi terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan, Father’s Organic Farm, Jalan Genting, di sini, hari ini.

“Dipercayai mangsa duduk di Sektor A, namun dibawa arus ke Sektor B. Penemuan mayat lelaki ini tidak terlalu dalam seperti yang kita temui semalam di Sektor C (mayat ke-25, kanak kanak).

“Cara penggalian pada mulanya kita buat tiga meter terlebih dahulu sebelum menambah lagi satu setengah meter. Di Sektor B kita hanya meletakkan satu jengkaut. Namun, syukur pencarian di situ kita temui lelaki berkenaan bersama anjingnya,” katanya.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya pada 2.42 pagi Jumaat lalu itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 26 nyawa terkorban dan tujuh lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit.

Perincian mangsa meninggal dunia ialah 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki, lima lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI