24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Sebelum orang lain ‘kebas’, Fatin Afeefa pesan ‘kikis’ duit suami sendiri

Pelakon Fatin Afeefa terus mencuri tumpuan ramai di media sosial selepas mendirikan rumah tangga dengan jutawan pelaburan, Aliff Awang.

Terbaru, menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi dimana suaminya sanggup berbelanja lebih RM2,000 untuk membeli pelbagai barang mekapnya.

Menerusi muat naik video di aplikasi TikTok, Fatin seolah-olah berpesan kepada golongan isteri supaya ‘mengikis’ duit suami sebelum terdapat individu lain berani ‘mencarasnya’.

“Kalau bukan korang yang kikis semua ini, siapa lagi yang akan kikis. Jadi, buat para isteri di luar sana, kikislah suami anda sebelum orang lain kikis,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Cindai itu selain menyifatkan dia bertuah mempunyai suami yang tidak berkira.

Terdahulu, Fatin mengakui sudah ‘muak’ apabila melihat videonya kerap muncul ‘FYP’ (For Your Page) atau tular dalam aplikasi TikTok selepas berkahwin.

Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Sebelum itu, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia selain Fatin juga memiliki seorang anak lelaki Adam Aisy Arrian.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita) , Instagram Fatin Afeefa



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI