26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Sedang diulit bahagia, Watie dedah berat badan naik sepuluh kilogram

Nama usahawan wanita, Watie Hanifiah sering menjadi tumpuan terutama dalam kalangan pengikut di laman Instagram apabila dikaitkan dengan pelawak, Shuib Sepahtu.

Hubungan rapat mereka berdua bukan lagi rahsia apabila Shuib sendiri bersikap terbuka dan mengakui sedang merancang untuk ke fasa lebih serius selepas mengambil kira faktor anak bongsunya yang semakin membesar.

Terbaharu, Watie mendedahkan berat badannya kini sudah bertambah sepuluh kilogram seperti mana dikongsikan di laman Instagram, hari ini.

“Dari 58 kilogram ke 68 kilogram,”tulisnya.

Dalam pada itu, Watie juga sempat berseloroh dan bertanya siapakah yang harus dipersalahkan apabila berat badannya kini naik sepuluh kilogram.

“Nak salahkan siapa sebenarnya ni?”soalnya berserta emoji.

Meninjau di ruangan komen, ramai di kalangan pengikut turut berseloroh dan mengusik berat badan Watie naik berkemunhkinan sedang bahagia dengan si dia iaitu pelawak, Shuib.

Screenshot 2023 02 02 at 3.51.26 PM Screenshot 2023 02 02 at 3.51.34 PM Screenshot 2023 02 02 at 3.51.40 PMScreenshot 2023 02 02 at 3.51.46 PM Screenshot 2023 02 02 at 3.51.52 PM Screenshot 2023 02 02 at 3.52.01 PM Screenshot 2023 02 02 at 3.52.07 PM Screenshot 2023 02 02 at 3.52.12 PM

Terdahulu, Shuib mendedahkan dia tertarik dengan sikap penyayang Watie apatah lagi menjaga kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) serta turut mempunyai ciri-ciri seperti arwah Sarah.

Dan, ibu Shuib sendiri memberi restu buat mereka berdua untuk melangsungkan perkahwinan.

Sumber: Instagram @iamwatie


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI