Jemput-jemput atau cucur merupakan makanan yang sangat mudah untuk dibuat dan menjadi kesukaan seisi keluarga. Pelbagai variasi jemput-jemput yang ada, dari jemput-jemput bawang, jemput-jemput udang, jemput-jemput kentang dan sebagainya.
Setiap variasi cucur mengikut selera individu itu masing-masing. Seperti, jemput-jemput kentang yang menjadi perkongsian ovenedayu di akaun TikTok miliknya. Hanya dengan menggunakan 5 bahan yang mudah sahaja jemput-jemput itu boleh dibuat.
“Sedap Ni, Favourite Husband Kita..”, Resepi Jemput-Jemput Kentang Yang Mudah Jadi Kegemaran Ramai, Jom Cuba!
Bahan-bahan:
2 Cawan tepung gandum2 Biji kentang (dipotong mengikut citarasa)1 Biji telurGaramAir
Cara Penyediaan:
Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 biji kentang yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing, sedikit garam dan air panas secukupnya ke dalam bekas. Kacau sehingga adunan sebati. Kemudian, masukkan sebiji telur ke dalam bekas tersebut dan kacau sehingga adunan menjadi sebati.
Goreng sehingga garing ataupun masak, mengikut citarasa masing-masing.
Sedia untuk dihidang untuk seisi keluarga.
Mudah bukan nak buat jemput-jemput ni? Kalau masih belum faham korang boleh tengok video di akaun TikTok milik @ovenedayu.
@ovenedayu Bfast jemput jemput kentang jom! 5 bahan je! akak ni suka yang mudah dan simple💛 #resepicekodok #resepisimple #resepimudah #homecooking #masakdirumah #reelsclasswithdhuna #breakfast #sarapan #fyp ♬ original sound – kurt
Selamat mencuba kepada semua penggemar jemput-jemput kentang, jangan lupa hasut orang lain buat resepi nak jugak.
Sumber: Ovenadayu
Baca juga: Musim Banjir Sedang Berlaku Di Thailand Tapi Craving Sos Thai? Ayuh Buat Sendiri Resepi Sos Thai Nam Jim!
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.