25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Sedapnya Sampai Ke Tulang!” – Ini Resepi Sup Tulang Merah Gearbox Kambing Ala Thai Yang Senang Dibuat!

Sup tulang merah merupakan hidangan yang sering didapati di Singapore. Namun, sup itu makin dikenali. Warnanya yang merah datang dari warna pewarna merah, tomato puri dan sos tomato yang digunakan dalam hidangan tersebut.

Bagi anda yang ingin cuba resepi ini, boleh lah ikuti resepi sup tulang merah gearbox kambing ala thai yang sangat sedap. Bahannya mudah didapati dan bagi anda yang ‘hantu’ sup gearbox, wajib cuba. Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Nurul Jannah!

Resepi Sup Tulang Merah Gearbox Kambing Ala Thai

Bahan-Bahan

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 biji bawang besar (mayang halus)
  • 5 biji bawang kecil (mayang halus)
  • 20 helai daun pandan
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2 kiub pati lembu
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun bay
  • 4 batang lada hijau
  • 7 hingga 10 batang cili kering (kisar halus)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato (didadu)
  • 2 hingga 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 paket sup bunjut tulang
  • Gula melaka
  • 1 ikat daun ketumbar
  • Pewarna merah
  • 2 sudu besar rempah briyani
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan

  • Dalam pressure cooker, rebuskan gearbox kambing dengan air yang mencukupi, sup bunjut, akar ketumbar, daun pandan, halia, daun bay & pewarna merah secukupnya. Dah siap rebus, ketepikan dahulu.
  • Tumis bawang besar dan kecil dengan minyak sapi sehingga keperangan. Kemudian, masukkan halia dan serai, tuumis sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan lada hijau dan tomato.
  • Tambahkan 2 kiub pati lembu, masukkan lada kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit gula melaka. Tutup tudung kuali dan biarkan gula larut.
  • Taburkan daun ketumbar, masukkan pula tomato puri, sos tomato dan air rebusan berserta gearbox kambing yang dah direbus tadi. Gaul sebati dan biarkan kuah sup pekat sedikit.
  • Perasakan dengan secubit garam. Kuah dah pekat sedikit dah boleh tutup api dan sedia dihidang bersama roti.

SUP TULANG MERAH GEARBOX KAMBING ALA THAI SUP TULANG MERAH GEARBOX KAMBING ALA THAI

(Sumber gambar: Ummi Aliyah Alif Kitchen)

Nampak sangat menyelerakan sup tulang merah gearbox kambing ala thai ini, kan? Berkecur air liur bila tengok. Memang sedap! Jom ke dapur dan cuba resepi ini.

Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Jannah

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI