Perkongsian-perkongsian selebriti di majlis ilmu sejak kebelakangan ini sememangnya membuatkan para peminat berasa gembira melihat perkembangan artis kesauangan mereka.
Lebih-lebih lagi jika kehadiran mereka di majlis ilmu itu turut menjalinkan ukhwah yang lebih akrab antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian beberapa artis wanita di media sosial seperti Zulin Aziz, Umie Aida, Adira Suhaimi dan ramai lagi, mereka telah bersama-sama rakan artis yang lain hadir ke majlis usrah dinamakan Hijrah Cinta 2.0 anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa yang dikendalikan oleh Neelofa sendiri.
Ustazah Oki Setiana Dewi yang berasal dari Indonesia telah menjadi penceramah pada malam tersebut dan memberikan sedikit tazkirah di majlis berkenaan.
Rakan-rakan artis yang lain turut berkongsi gambar mereka yang hadir dan dapat bertemu rakan-rakan dalam industri di majlis yang cukup bermakna ini.
Sudah tentu ramai yang memuji penampilan selebriti wanita kesayangan masing-masing di ruangan Instagram kerana berasa gembira melihat penampilan mereka yang sangat menyejukkan pandangan.
Hijrah Cinta 2.0 yang dianjurkan Neelofa ini telah dilaksanakan di kediaman pelakon hebat, Umie Aida dan dihadiri ramai artis-artis wanita terkenal tanah Air.
Sebelum ini, mereka juga telah beberapa kali berkumpul dan mengadakan majlis ilmu yang hampir sama dengan dihadiri oleh pendakwah-pendakwah hebat negara.
Sumber: Instagram
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.