23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Selamatkan nyawa 3 individu dalam tasik, lelaki dapat penghargaan APM Johor

Salah seorang lelaki yang menyelamatkan nyawa tiga orang yang hampir lemas dalam tasik berdekatan Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat pada Selasa lalu mendapat penghargaan dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor.

Menerusi sebuah posting dikongsi agensi tersebut di laman Facebook semalam, Muhammad Nur Salim antara individu terawal yang sanggup menggadai nyawa selepas Perodua Myvi dinaiki tiga orang itu terbabas dan terjatuh ke dalam tasik.

Difahamkan, Pengarah APM Johor, Kamal Mokhtar dan beberapa pegawai menjejaki Muhammad Nur yang bertugas Hospital Pantai, Batu Pahat untuk menyampaikan sijil penghargaan.

“APM Johor tidak teragak-agak untuk memberikan penghargaan kepada beliau diatas tindakan yang berani untuk menyelamatkan orang awam yang sedang dilanda musibah.
“Semoga dengan kejadian ini dapat memberi contoh kepada masyarakat untuk memberi pertolongan semasa kecemasan dan bencana,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki Suzaini Mohd Sadali menjadi antara ‘hero’ yang nekad terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan ketiga-tiga mangsa sehingga tular di media sosial.

Berikutan itu, ada saksi tampil mendakwa Muhammad Nur juga perlu diberikan ‘kredit’ kerana bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terkapai-kapai meminta pertolongan.

Sementara itu, isteri Muhammad Nur iaitu Nur Liyana Roslan dilihat berusaha menjelaskan ‘kekeliruan’ yang berlaku dalam kalangan warganet namun katanya, apa yang penting adalah semua mangsa berjaya diselamatkan.

Screenshot 2023 01 20 at 12.08.28 AM

Sumber: Facebook APM Johor, Otai JOHOR, BEST my & Nur Liyana Roslan

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI