31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Selepas Menu Rahmah Dapat Sambutan, Kerajaan Pertimbang Wujudkan ‘Pasar Raya Rahmah’ Pula!

Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan pasar raya yang menjual barangan mampu milik, selepas Menu Rahmah yang diperkenalkan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mempunyai pasar raya seperti itu yang memberi banyak manfaat kepada golongan memerlukan.

Selepas Menu Rahmah Dapat Sambutan Kerajaan Pertimbang Wujudkan Pasar Raya

“Insya-Allah, saya akan adakan lagi libat urus. Kita ramai bilionair dalam negara dan mengapa tidak mereka melabur dalam pasar raya ini, yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat.

“Bagaimanapun, kenapa kita tidak cuba mewujudkan pasar raya yang mampu milik sebab kadang-kadang barangan ini, yang mahal adalah jenama tapi kualitinya tetap sama,” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

1678275212 565 Selepas Menu Rahmah Dapat Sambutan Kerajaan Pertimbang Wujudkan Pasar Raya

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai bagaimana Jualan Rahmah yang telah dilancarkan sebelum ini dilaksanakan selain inisiatif itu jika mendapat sambutan daripada pasar raya atau kedai di seluruh negara. 

1678275213 608 Selepas Menu Rahmah Dapat Sambutan Kerajaan Pertimbang Wujudkan Pasar Raya

Sumber: Utusan Malaysia

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI