25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Selesa berkepit dengan isteri, Yonnyboii tak sanggup berjauhan

Penyanyi rap Yonnyboii mengakui tidak sanggup berjauhan dengan isteri, Nik Nazira Narriman meskipun sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan Kosmo! Online, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, mereka tidak sanggup menanggung rindu antara satu sama lain.

“Setakat ini kami tak pernah berjauhan. Dia akan mengikut dan menemani ke setiap lokasi kerja saya. Saya juga melalukan hal sama terhadapnya.
“Bukan tak mahu berenggang tetapi belum bersedia untuk melalui rasa rindu terhadap pasangan.
“Kami selesa begini dan rumah tangga pun tak sampai setahun, saya anggap masih dalam tempoh berbulan madu,” kata penyanyi berusia 24 tahun itu.

Yonnyboi berkata, isterinya yang berusia 34 tahun itu pernah mendapat tawaran berlakon tetapi menolak kerana mereka seolah-olah tidak mahu berenggang.

“Selain kerjanya sebagai pempengaruh media sosial, dia juga ada terima tawaran berlakon. Saya sokong kariernya dan bangga dengan setiap apa yang dilakukannya.
“Sebenarnya sebelum ini dia ada juga terima tawaran berlakon drama tetapi menolak kerana kami sama-sama tak mahu rasa rindu. Dia utamakan saya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, penyanyi lagu Salahku itu menyifatkan ini adalah momen terbaik untuk mereka meluangkan masa bersama sebelum kehadiran cahaya mata.

“Masih belum ada khabar gembira tetapi sebelum ada anak inilah, kami habiskan masa bersama, berkepit setiap masa.
“Soal anak, kami berserah dan jika ada rezeki, Alhamdulillah,” kongsinya yang berkahwin pada 20 November tahun lalu.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Yonnyboii

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI