26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Selesai berbulan madu, Julia Farhana baru umum sudah menikah

Selepas berbulan madu, pelakon kacukan Melayu-Itali, Julia Farhana Marin, 28 baru mengumumkan yang dirinya sudahpun bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Julia memaklumkan yang dirinya sudah sah bernikah pada 14 Disember 2022 yang lalu.

Majlis akad nikah Julia dan Che Hafiz diadakan secara tertutup, di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang hanya dihadiri keluarga dan rakan baik.

Dia telah memuat naik gambar pernikahan dengan Dr Hafiz yang juga bekas suami kepada penyanyi, Lufya Omar.

Dalam perkongsian tersebut juga, dia telah memohon maaf terutama kepada rakan media kerana lewat memaklumkan hal berkenaan.

Ujarnya, majlis terbabit dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Pasangan tersebut memilih Indonesia sebagai lokasi berbulan madu dan Dr Hafiz sendiri menerusi Instagramnya berharap orang ramai dapat mendoakan kebahagian mereka.

Untuk rekod,  Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti, Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Walau bagaimanapun, mereka telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun 2020.

 

Sumber: Instagram Julia Farhana Marin, Dr Hafiz


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI