28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Sempena ulang tahun, budak 10 tahun terima Nissan GT-R R35 sebagai hadiah

Alangkah bahagianya bila kita dapat hadiah istimewa daripada insan tersayang. Kebiasaannya, kejutan sering diberikan dalam pelbagai bentuk termasuklah barang berharga, pakaian dan sebagainya.

Tidak terkecuali, baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun menerima sebuah kereta jenama mewah iaitu Nissan GT-RR35 sempena hadiah ulang tahunnya daripada ibu dan bapanya.

@9tripleone

Hadiah R35 kepada anak nya terbaik bos 🥳🥳🥳🥳 #suprisebox #suprisedelivery #doublelautoassist #9tripleone #viral #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #petalingjaya #r35gtr #skyline

♬ original sound – jai – jai

Dalam video itu, kereta mewah itu disimpan dan dibawa oleh sebuah lori kontena dengan diiringi oleh beberapa buah Nissan GT-R R35 lain menuju ke sebuah lokasi.

Sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi, seseorang yang memakai kostum optimus prime menghampiri kanak-kanak tersebut dan memberi kotak yang mengandungi kunci kereta tersebut.

@9tripleone

R35 tu hadiah hari jadi untuk anak nya umur 10 tahun 🥳🥳🥳 #suprisebox #suprisedelivery #doublelautoassist #9tripleone #viral#fypシ゚viral #petalingjaya #r35 #skyline

♬ original sound – jai – jai

Selepas kanak-kanak yang dipercayai bernama Amaran iaitu sama seperti nama plat di keretanya, reaksi wajahnya bertukar terkejut dan tidak menyangka akan menerima kereta mewah berkenaan pada hari ulang tahunnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan menganggap kanak-kanak yang berusia 10 tahun tersebut sangat bertuah kerana mendapat kejutan yang sangat istimewa daripada keluarga.

Screenshot 2022 12 27 at 3.41.55 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.42.10 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.42.20 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.42.27 PM

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang mempunyai perasaan iri hati selepas melihat kekayaan yang dimiliki keluarga kanak-kanak tersebut yang sanggup membuat apa sahaja demi membahagiakan anak.

Screenshot 2022 12 27 at 3.42.49 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.43.22 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.43.35 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.43.39 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.43.45 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.43.55 PMScreenshot 2022 12 27 at 3.44.03 PM

Sumber: TikTok @jai

 

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI