26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Sengaja cari perhatian? Ramai puas hati komen Ira Kazar tiba2 ‘menghilang’

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini nama pengarah popular, Syamsul Yusof sering menjadi tumpuan di media sosial mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku pada ketika ini bersama dengan pelakon, Puteri Sarah selepas bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Bukan itu sahaja, khabar berita mengenai perkahwinan kedua Syamsul itu telah membuat ramai orang tidak berpuas hati kerana kasihan dengan nasib yang menimpa kepada isteri pertamanya yang terpaksa menanggung kesedihan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan memfailkan penceraian pada Isnin lalu.

Malah, penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan fikiran Syamsul kelihatan agak terganggu ketika di set penggambaran susulan dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini.

Namun begitu, baru-baru ini, nama Ira Kazar pula menjadi perhatian netizen gara-gara dia meninggalkan sebuah komen di sebuah hantaran suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Mana tidaknya, netizen mendakwa isteri kedua Syamsul itu telah memberi komen ‘holla-holla’ di sebuah hantaran namun, dipercayai dipadam oleh Syamsul bagi menggelakkan sebarang kecaman terhadap dirinya.

collage 23

Bahkan, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Ira bertindak sedemikian sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai di media sosial.

Screenshot 2023 01 22 at 12.38.37 PMScreenshot 2023 01 22 at 12.38.45 PMScreenshot 2023 01 22 at 12.38.52 PMScreenshot 2023 01 22 at 12.39.00 PM

Bagaimanapun, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen Ira itu dipercayai telah dipadam oleh Syamsul dan memaklumkan supaya Ira kekal mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Screenshot 2023 01 22 at 12.39.08 PMScreenshot 2023 01 22 at 12.39.30 PM

Sekadar info, Syamsul telah membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan oleh bapa wanita itu sendiri iaitu Kazar Saisi.

Sumber: TikTok @miangmore

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI