26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Seorang Wanita Ditahan Kerana Tinggalkan Bayi Di Kereta Namun Sebaliknya Terjadi


Akibat salah faham, seorang wanita terkejut apabila mendapati cermin keretanya pecah ketika sedang membeli-belah bersama anaknya. Wanita tersebut menerima laporan bahawa terdapat seorang ‘bayi, ditinggalkan di dalam keretanya tanpa pengawasan. 

Difahamkan, anak kepada wanita tersebut ada mengikat anak patungnya pada kerusi kereta sorong bayi sebelum keluar meninggalkan kereta bersama ibunya.

Selepas mereka kembali ke kereta usai membeli-belah, wanita ini mendapati kereta Nissan Qashqai miliknya berada dalam keadaan cermin pecah. Turut berada di situ, dua orang pegawai polis yang sedang menunggu mereka.

Screenshot (84)

Dilaporkan dua anggota polis tersebut bertindak memecahkan cermin tingkap kereta milik Amy kerana menyangka patung tersebut ialah bayi yang terperangkap. Keadaan bertambah tegang apabila polis itu cuba mengari tangan wanita tersebut kerana meninggalkan ‘bayi’ tanpa pengawasan.

Bagaimanapun, Amy akhirnya dilepaskan selepas memberitahu bahawa ia hanyalah anak patung dan bukannya bayi seperti yang disangka oleh mereka.

Difahamkan, pihak polis telah meminta maaf di atas insiden tersebut dan akan membayar ganti rugi ke atas kerosakan pada tingkap kereta.

Sumber: Lobak Merah





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI