25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Serba Canggih! India Lancar Kapal Pengangkut Pesawat Terbesar Buatan Tempatan

IMG 20220904 024220

India kelmarin melancarkan kapal pengangkut pesawat buatan tempatan pertama, INS Vikrant yang dibina dengan kos kira-kira AS$2.5 bilion (RM11.1 billion), lapor portal berita Daily Mail pada 2 September 2022.

INS Vikrant adalah kapal pengangkut pesawat kedua India dan bakal menyertai INS Vikramaditya, iaitu kapal induk era Kesatuan Soviet yang dibeli dari Rusia pada 2004 untuk mempertahankan Lautan Hindi dan Teluk Benggala.

Kapal induk INS Vikrant adalah kapal perang terbesar yang dibina di India. Ia boleh membawa seramai 1,600 kru dan mengendalikan armada kecil terdiri daripada 30 pesawat termasuk jet pejuang dan helikopter.

Pelancaran kapal induk itu berkait rapat dengan usaha keras untuk menghadapi armada tentera laut China yang semakin besar. Kapal INS Vikrant direka oleh tentera laut India dan dibina oleh Cochin Shipyard Limited (CSL), syarikat milik negara.

Kapal sepanjang 262 meter dengan berat mencecah 45,000 tan itu menggunakan empat turbin gas yang menghasilkan kuasa 88 MW. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum 28 knot.

Pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi selepas 75 tahun kemerdekaan negara itu daripada pemerintahan British.

“Ia adalah hari bersejarah dan pencapaian penting. Inilah contoh usaha kerajaan untuk menjadikan sektor pertahanan India semakin berdikari,” kata Modi.

Perkembangan baharu India itu muncul ketika pesaingnya, China meluaskan kehadiran di Lautan Hindi dan Pasifik Barat dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

Tentera laut China sedang membina kapal dengan pantas dan kini mempunyai angkatan laut terbesar dunia berdasarkan bilangan kapal. Pencapaian tersebut bertujuan untuk menyaingi armada tentera laut Amerika Syarikat.

India merupakan negara ketiga selepas Britain dan China yang merasmikan kapal pengangkut pesawat buatan tempatan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Kapal induk itu mengambil masa 18 tahun untuk disiapkan selepas beberapa kali mengalami kelewatan, menyebabkan kosnya meningkat kepada AS$2.5 bilion.

Kapal perang itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2023 selepas kali pertama menjalani ujian pendaratan dengan pesawat pejuang MiG-29K buatan Russia. – Sumber Daily Mail.

IMG 20220904 025056Kapal pengangkut sepanjang 262 meter (860 kaki) baharu itu direka oleh tentera laut India dan dibina di limbungan kapal Cochin di selatan India. – Foto AP.IMG 20220904 023440INS Vikrant bernilai AS$2.5billion ialah kapal pengangkut pesawat operasi kedua India, menyertai INS Vikramaditya era Soviet yang dibelinya dari Rusia pada 2004 untuk mempertahankan Lautan Hindi dan Teluk Benggala. – Foto AP.

IMG 20220904 024043Kelasi tentera laut bergambar swafoto di atas dek kapal pengangkut pesawat baharu itu selepas ia melancarkan, kelmarin. – Foto AP.

IMG 20220904 024120INS Vikrant direka untuk memuatkan kira-kira 1,600 anak kapal dan 30 pesawat. – Foto AP.

Sumber: www.infomalaysiatrending.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI