24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Si Manja Usia 7-12 Bulan Wajib Buat Aktiviti ‘Floor Time’, Bagus Untuk Tumbesaran


Segelintir kanak-kanak dan bayi sekarang menghadapi masalah perkembangan motor kasar dan perkara itu perlu diambil berat supaya tidak menganggu tumbesaran anak-anak.

Antara aktiviti motor kasar boleh dilakukan ialah floor time. Usia 7 bulan hingga 12 bulan merupakan waktu terbaik untuk melakukan floor time seperti perkongsian Puan Wan Nur Syakira di laman Facebooknya.

Baca juga: Pengambilan Gula Secara Berlebihan Boleh Kecutkan Otak Anak- Doktor

USIA 7-12 BULAN WAJIB BUAT AKTVITI FLOOR TIME, BAGUS UNTUK TUMBESARAN

Si Manja Usia 7 12 Bulan Wajib Buat Aktiviti ‘Floor Time

Umur 7-12 bulan adalah usia penting perkembangan motor kasar bayi. Jadi, waktu ini selalulah bagi anak floor time. Floor time ni sangat penting untuk perkembangan anak-anak.

Bayi akan belajar untuk eksplor dan gunakan anggota badannya untuk berkembang dengan baik dan cergas! Tapi kenalah pastikan floor time itu selamat , letakkan baby mat , tiada benda kecil yang boleh dibawa masuk mulut.

Usia ini memang usia yang anak akan mula menggerakkan badannya. Memang aktif. Ha, kalau tak diletak penghadang, boleh sampai dapur tau.

Apa yang akan baby belajar bila floor time ni ?

– Kawal kesimbangan ketika duduk di lantai.

1653380595 395 Si Manja Usia 7 12 Bulan Wajib Buat Aktiviti ‘Floor Time

– Belajar kawal pergerakan kaki dan tangannya serentak untuk belajar merayap dari satu tempat ke satu tempat.

– Belajar untuk menahan berat tubuhnya ( terapis panggil weight bearing ) semasa bayi belajar merangkak dan seterusnya akan belajar mengawal tubuh semasa berpaut di perabot.

Bila baby tu ada kawalan tubuh yang baik, dah mahir kata orang tu guna tangan dan kaki serta imbangkan badan sebab selalu ada floor time ni.

BAYI MUDAH BIASAKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN

1653380596 259 Si Manja Usia 7 12 Bulan Wajib Buat Aktiviti ‘Floor Time

Bayi akan mudah relatekan diri dia dengan persekitaran dan perkembangan sosial komunikasi dia akan berkembang dengan pesatnya!

Bayi akan rasa familiar dengan anggota dia sendiri dan seronok dengan persekitaran dia. Kalau asyik baring aje atau letak dalam baby cot sahaja, memang susah anak nak eksplor.

Bila kita biasakan anak floor time dan letakkan beberapa mainan yang boleh anak main. Bayi akan lebih mudah entertain diri sendiri. Main sendiri.

Nak bagi anak tahan lama ketika floor time ? Letakkan mainan yang selamat untuk diterokai. Cloth book, rattle, blok , bola yang boleh dipicit.

1653380596 183 Si Manja Usia 7 12 Bulan Wajib Buat Aktiviti ‘Floor Time

Pada mulanya kita teman dan stimulate, communicate, dan kita boleh biarkan dia main sendiri sebentar. Ha, anak yang boleh entertain diri sendiri ni akan mempunyai kawalan emosi yang baik tau.

Eh baby pun boleh main sendiri jugak ke? Boleh, pada sesetengah waktu. Kalau kita bagi suasana dan stimulasi yang betul untuk develop skill tu.

Taklah nak berkepit dengan kita 24 jam kan. Kecuali keadaan tertentu ( contohnya baby high demand ). Melatih anak untuk “entertain ” diri sendiri pun sangat bagus untuk kesihatan emosi ibu ayah tau.

Sumber: Facebook Puan Wan Nur Syakira







Sumber: siraplimau.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI