25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Siar Komen Jelik Terhadap Agong Dan Bekas PM, Ibu Tunggal Didenda RM10,000


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap seorang ibu tunggal di atas pertuduhan membuat penghantaran berbaur penghinaan dan jelik terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sebuah blog, tahun lalu.

M.M Edwin Paramjothy selaku hakim telah menjatuhkan hukuman tersebut kepada Lai Yuet Ming,65, selepas wanita itu menukar kepada pengakuan tidak bersalah kepada bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dalam prosiding yang berlangsung pada 6 Disember lalu, seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Untuk pertuduhan pertama, Yuet Ming didakwa dengan pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik terhadap Perdana Menteri dengan niat untuk menyakitkan hati pada 23 Mac 2020.

Manakala untuk pertuduhan kedua, dia didakwa secara sedar telah membuat kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam blognya pada 21 Mac tahun lalu dengan niat untuk menyebarkan ketakutan kepada orang awam.

Kedua-dua pendakwaan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Wanita itu telah didenda sebanyak RM4,000 untuk pertuduhan pertama dan RM6,000 bagi pertuduhan kedua.

Sekiranya gagal, Yuet Ming boleh dipenjara selama sembilan bulan dan masih tetap perlu membayar jumlah denda berkenaan.

Tunku Permaisuri Agong memasak


18 jam lalu

Permaisuri Agong Turun Padang Cemar Duli Memasak Untuk Mangsa Terjejas




Sumber: beautifulnara.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI