25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Sissy Iman masih ‘down’, perlukan lebih masa untuk tenangkan diri

Umum sedia maklum mengenai kontroversi yang melibatkan penyanyi Sissy Iman bersama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu yang lantang mengkritiknya ketika persembahan bertemakan ‘tradisional’ di pentas program Famili Duo, minggu keenam.

Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sissy di laman Instagramnya, dia memaklumkan memerlukan lebih masa untuk menenangkan dirinya setelah apa yang berlaku terhadapnya sebelum ini.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi yang berusia 27 tahun itu meluahkan perasaan dan persiapannya sebelum berentap di pentas pertandingan tersebut bersama sepupunya, Naim Daniel.

Jelasnya, hari ini sepatutnya dia mendapat audio daripada pengarah muzik selepas selesai membuat latihan namun, fikirannya masih kosong, tiada lagi dan tiada visual.

“Hari ni, hari rabu. Selama 6 minggu sebelum ni, hari ini lah hari di mana kita dah finalize concept persembahan. Kita langgar waktu dengkur kita dengan perbincangan & pastikan deck yang kita buat bersama dah siap supaya produksi dah boleh present pada props, stylist dah boleh cari baju.
“Dan harinilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio dari pengarah muzik selepas selesai practice dengan band yang selalunya hari isnin kita dah siap arrange form.
“Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual.

326124232 578245017022592 3270953702258888317 n

Dalam pada itu, Sissy turut memohon maaf kepada Naim Daniel kerana membiarkan dia menjawab segala persoalan yang dilemparkan netizen serta media dan berjanji akan kembali ke pentas dengan semangat yang baharu.

“Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak. Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri.
“Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ni sedangkan semua ni sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama. Tak semena-mena you have to take the lead now.

Sissy minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan who i left in the dark as i am, stuck in the dark too. Jangan risau. InsyaAllah i’ll be back. Beri sissy sikit ja masa lagi ya? Sayang semuanya,” ujarnya lagi.

324231198 3358751614336677 2024717827153165486 n

Sumber: Instagram @sissyiman


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI