Kebiasaanya kaum wanita yang akan menjadi mangsa gangguan seksual tidak kiralah sama ada di kawasan awam atau sebagainya.
Namun, kali ini ternyata kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi sebahagian daripada mangsa tersebut.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh pengguna dikenali Kamal di laman Facebook, dia mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah tandas lelaki di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Dengkil, Selangor pada pukul 9 malam, Ahad malam.
Kamal berkata, perbuatan terkutuk lelaki itu kantoi apabila dia menyedari individu berkenaan merakam aksi tersebut dari bawah tandas ketika sedang āmelepaskan hajatā.
āTengah memerut dengan cutting tak cantiknya, boleh pula dia record filem dari bawah tandas. Hanat betul. Nasib baik aku jenis kalau memerut mata melilau. Dapat tangkap pegang..ākatanya.
Bagaimanapun, Kamal memberitahu perakam lelaki tersebut sempat melarikan diri selepas ditahannya sebelum ditangkap semula.
āKatanya mana ada lari. Lepas tu boleh pula kata kalau nak hentak dia, hentak sajalah. Ingat aku tak tahu undang-undang? Paling pun pusing kat kita juga salah,ātulis Kamal selain memaklumkan lelaki terbabit berasal dari Cheras.
Tambah Kamal, telefon bimbit pelaku terbabit telah dirampas dan mereka menjumpai banyak video yang dipercayai dirakam dalam tandas.
Rata-rata warganet meluahkan rasa geram apabila melihat tindakan aneh pelaku tersebut sehingga mengatakan lelaki tersebut berkemungkinan mengalami masalah mental.
Malah, ada juga sempat berseloroh dengan bertanya sama ada mangsa tersebut sempat āmembasuhā sebelum mengejar pelaku tersebut.
Sumber: Facebook Kamal Garong via B40 Buat Perangai Apa Harini
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.