31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

STAR PISCES Mulakan Pelayaran Pertama Dari Penang Dengan Norma Baharu. Harga Semalam Cukup Berbaloi!


Genting Cruise Lines mencapai kejayaan terbaru pada hari ini dengan Star Cruises sempena permulaan pelayaran pertama Star Pisces dari Pulau Pinang, di mana industri kruis tempatan telah tergendala akibat pandemik COVID-19 sejak akhir tahun 2019, menandakan permulaan pemulihan industri kruis dan pelancongan domestik dan
serantau.

Star Pisces First sailing Family Guests
Sebuah keluarga di terminal kruis yang teruja dan bersedia untuk memulakan pelayaran pertama dengan Star Pisces dari Pulau Pinang pada 22 Disember 2021.

 

Star Pisces in Penang

Sebagai pelayaran pertama yang beroperasi di bawah norma baharu di Malaysia, Star Cruises telah memperkenalkan dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dipertingkatkan untuk melindungi para penumpang dan anak-anak kapal, serta memberi pengalaman percutian kruis tanpa kebimbangan. Star Pisces juga akan beroperasi dengan had penumpang sebanyak 50% dan setiap penumpang dan anak kapal hendaklah di sahkan mendapat vaksinasi penuh untuk COVID-19.

“Pelayaran Star Pisces yang pertama pada hari ini dari Pulau Pinang memang satu detik permulaan yang mengujakan dan positif untuk industri pelancongan yang dapat memberi lebih pilihan percutian yang menarik kepada rakyat Malaysia seperti pelayaran 1-Malam ke Selat Melaka dan 2- Malam ke Pulau Langkawi. Kami sememangnya terus bergiat untuk mendidik dan memberi infomasi yang tepat dan terkini kepada orang ramai untuk memberi kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dipertingkatkan untuk mejadikan percutian kruis salah satu percutian yang paling selamat,” kata Puan Cynthia Lee, Timbalan Presiden Jualan, Genting Cruise Lines.

“Dengan pakej percutian kami yang berpatutan harga, pakej pelayaran 2-Malam ke Pulau Langkawi yang akan berlepas pada 26 dan 28 Disember 2021 telah hampir habis dijual berdasarkan had kapasiti yang dibenarkan. Kami optimis bahawa momentum permintaan untuk Star Pisces akan terus kukuh pada tahun 2022,” tambah Puan Cynthia Lee.

Genting Cruise Lines merupakan perintis dalam menawarkan kruis selamat di rantau ini sejak permulaan pandemik global dan bertujuan untuk terus mengembangkan operasinya di rantau ini, termasuk di Malaysia bagi membangunkan sector kruis dan pelancongan.

Genting Cruise Lines berharap dapat terus berkerjasama, serta mendapat sokongan kerajaan dan pihak berkuasa di Malaysia dan serantau, untuk berusaha ke arah mewujudkan ‘Harmonize Cruise Standard’ bagi membuka pelayaran antarabangsa secara terkawal dan selamat merentasi negara-negara yang terbabit seperti mewujudkan Lorong Perjalanan Bervaksinasi (VTL) untuk penumpang pelayaran.

Dengan inisiatif ini, Genting Cruise Lines berharap dapat terus membangunkan industri kruis dan pelancongan Malaysia dengan membawa penumpang-penumpang dari luar negeri melalui kapal-kapalnya yang kini berlabuh di rantau ini. Seterusnya, Genting Cruise Lines juga berharap dapat menawarkan kruis selamat ke lebih banyak destinasi tempatan di Malaysia dan antarabangsa seperti ke Phuket dan Medan pada masa hadapan.

Harga bermula RM289 Seorang

spc maxims plus suite
Pelbagai bilik kabin tersedia ada, termasuk harga yang berpatutan dan yang mewah.

Menurut tinjauan Murai MY di laman sesawang mereka, harga untuk seorang bagi pelayaran selama 1 malam di Penang bermula RM289. Harga mengikut jenis bilik dan terdapat juga pelayaran selama 3 hari 2 malam iaitu Penang-Langkawi-Penang. Menarik bukan?

Untuk keterangan lanjut atau tempahan kruis Star Pisces, sila layari laman web www.starcruises.com atau hubungi agen-agen pelancongan anda.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 


Sumber: murai.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI