Sesekali berkumpul bersama keluarga atau teman-teman memang seronok. Berborak, makan-makan dan buat aktiviti bersama tentu dapat mengeratkan lagi siraturahim yang sedia ada.Namun kadang buntu kat mana nak dijadikan lokasi untuk berkumpul. Kalau dapat tempat yang cantik, dekat dengan alam pasti dan cukup menenangkan tentu semua teruja.
Gerimis Senja Villa yang terletak tidak jauh dari kotaraya Kuala Lumpur, antara pilihan buat anda yang sedang mencari lokasi sesuai untuk berkumpul.Private villa yang diilhamkan oleh seni bina Bali di dalam hutan. Tempat percutian yang unik dan eksotik ini menggabungkan elemen reka bentuk tradisional Bali dengan keindahan semula jadi hutan.Villa ini menampilkan ruang tamu terbuka. Menggunakan bahan semula jadi seperti kayu dan batu, dan landskap subur yang menggabungkan ruang dalaman dan luaran dengan menarik.
Mempunyai 3 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 10 orang, ada banyak kemudahan lain yang boleh anda nikmati apabila menginap di sini.Bagi mewujudkan suasana yang tenang dan santai, penggunaan cahaya semula jadi dan pengudaraan yang mencukupi menjadi keutamaan buat pengunjung yang menginap di sini.Kemudahan3 Bilik Tidur1 bilik tidur utama di tingkat bawah (1 katil queen) >1 bilik tidur single di tingkat bawah (1 katil single) >1 bilik tidur utama di tingkat atas (1 katil queen + 1 katil sofa) + 5 tilam tambahan (Termasuk Bantal dan Selimut)3 bilik air & 1 tab mandi luaranDapur kering dan basah (set dapur lengkap)Kolam infiniti (Infiniti pool)Mesin basuhTempat Letak Kereta Disediakan (Maksimum 5 Kereta Sahaja)Ruang rehat/TV (Astro disediakan)Kawasan merokokBBQ Pit (perkakas BBQ + arang disediakan)Pingpong (bat dan bola disediakan)Permainan Papan (atas permintaan, deposit diperlukan)CarromKaraoke mudah alih
Memang sesuai nak berkumpul dengan keluarga atau teman-teman. Nak sambut harijadi, buat bridal shower pun sesuai dekat sini.
Alamat: Gerimis Senja Villa, Hulu Langat, SelangorFacebook: Gerimis Senja VillaLIBUR REWARDS is cominggg!!Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah LiburShare video ni di wall korang (PUBLIC)Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sumber: www.libur.com.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.