26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Studio “The Making Of Harry Potter”, Tarikan Harry Potter Pertama Di Asia Bakal Dibuka Di Tokyo!

Warner Brothers Studio baru sahaja mengumumkan satu tarikan Harry Potter bakal dibuka menjelang 16 Jun 2023 ini. Ini bakal menjadi tarikan ‘indoor’ Harry Potter terbesar dan pertama di Asia dari Warner Bros Studios.

Tiket mula dijual pada 22 Mac 2023.

Peminat Harry Potter dan juga Fantastic Beast boleh merasai sendiri keterujaan menjadi sebahagian dari dunia magis dan fantasi! Tarikan terbaharu ini dibuka di tapal asal Toshimaen dan bakal membuka peluang buat peminat filem siri ini untuk belajar dan explore bagaimana filem ini dihasilkan.

Terdapat pelbagai set filem sebenar yang ikonik seperti:

Platform 9 ¾

Yang lagi best, anda boleh duduk di dalam Hogwarts Experess dan nikmati pengalaman masuk ke sekolah magik dan melihat sendiri potret yang bergerak sendiri dan juga dewan Hogwarts. Selain itu, anda juga boleh menjadi sebahagian penonton untuk satu perlawanan Quidditch! Bestnya!

Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Diagon Alley

1679029512 937 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter PertamaForbidden Forest

1679029513 980 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Bukan sahaja set ikonik, anda juga bakal disajikan dengan prop filem sebenar seperti tongkat sakti, Goblet of Fire, dan juga magik posyen yang tersusun di Memory Cabinet

1679029513 849 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Nak tengok makhluk-makhluk pelik yang ada di dalam filem Harry Potter dan Fantastic Beast pun ada! Anda boleh lihat sendiri bagaimana semua makhluk fantasi ini dihasilkan.

Goblin
Goblin

 

1679029514 361 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama
Aragog

Tak lengkap sebuah filem magis tanpa efek istimewa. Di sini juga anda boleh mendalami bagaimana scene Harry Potter menyeru penyapunya untuk terapung dihasilkan! Selain itu bagaimana proses bas tiga tingkat yang berwarna ungu yang ditampilkan pada filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, The Knight Bus berjaya dibuat pun ada.

1679029514 29 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Eh serba serbi tentang bagaiman filem ini dihasilkan semuanya adalah senang cerita! Setiap kostum yang dipakai watak-watak terkenal seperti Dumbledore, uniform pelajar Hogwarts, uniform Beauxbatons (ala sekolah asrama wanita dalam Goblet of Fire tu!)

1679029514 977 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Nak tengok bertapa indahnya sekolah magik Hogwarts secara keseluruhan? Nah!

1679029515 964 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Dah penat berjalan di Studio ‘The Making of Harry Potter’, anda boleh singgah makan di Chocolate Cafe dan nikmati manisan atau chocaolate katak yang famous tu! Nak rasa macam pelajar Hogwarts, anda boleh makan di dewan makan! 

1679029515 953 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Sebelum balik semula ke Malaysia, jangan lupa beli buah tangan dan barangan rasmi Harry Potter yang ekslusif dan hanya tersedia di sini! Ada dua kedai buah tangan iaitu di The Studio Shop dan Railway Shop!

1679029515 890 Studio The Making Of Harry Potter Tarikan Harry Potter Pertama

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI