26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Suami belanja hampir RM5,000 belikan tudung untuk Fatin Afeefa

Tindakan suami Fatin Afeefa, Aliff Awang membelanjakan sejumlah wang bagi membeli tudung untuk pelakon tersebut meraih perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Memetik laporan Xtra, Aliff atau mesra disapa sebagai Opai merakam aksi isterinya yang sedang sibuk mencuba pelbagai corak tudung di sebuah butik hijab.

Sebuah lagi video pula memaparkan dia merakam harga pembelian barangan di kaunter pembayaran yang dilihat mencecah jumlah hampir RM5,000 untuk 19 helai tudung dipilih oleh Fatin.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tumpang gembira dan memuji sikap pemurah Opai dalam usaha menyokong isterinya ke arah penampilan menutup aurat.

Malah, segelintir wanita berharap bakal suami mereka turut mempunyai sikap tidak berkira dengan isteri dimana boleh membeli-belah mengikut keperluan.

w2

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 31 Disember lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI