31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Suami didakwa lantik peguam untuk Ira Kazar? Puteri Sarah tak gentar!

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana tidak gentar berdepan sebarang situasi membabitkan konflik rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof dan madunya Ira Kazar.

Menerusi satu hantaran terbaharu di InstaStory, pelakon berusia 38 tahun itu memberi reaksi berkenaan terhadap posting daripada seorang rakannya Emi Anvepa yang mendakwa Syamsul sudah melantik peguam bagi membela isteri kedua.

Emi yang dipercayai pengurus Sarah menulis, dia menyifatkan tindakan Syamsul yang juga pengarah popular itu bukan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak.

“Aduhai, boleh pula dia lantik peguam untuk ‘backup’ isteri kedua daripada masuk penjara. Macam Megatron lawan Optimus Prime. Sedih la, kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan abu,” tulisnya.

Emi menulis perkara tersebut di InstaStory miliknya tengah malam tadi sebelum dikongsi semula oleh pelakon drama Suri Hati itu hari ini.

Namun begitu, dia menganggap ia mungkin salah satu doa Sarah diperkenankan Allah SWT sekali gus memberi petunjuk yang sebenar.

“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab. Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul).
“Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” ujarnya.

Terdahulu, konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul kembali menjadi perbualan ramai selepas pengarah itu mengaku telah bernikah dua dengan Ira di Thailand.

Disebabkan pengakuan terbabit, ibu dua cahaya mata itu nekad memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.

Sumber: Instagram Puteri Sarah


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI