26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

SubhanAllah Menakjubkan! Benih Padi Berjaya Tumbuh Di Stesen Angkasa Lepas China

IMG 20220904 175150

Angkasawan China di atas makmal angkasa Wentian telah berjaya menanam pelbagai anak benih padi, sekali gus menyumbang kepada penerokaan usaha memenuhi keperluan makanan dalam misi angkasa lepas jangka panjang.

Makmal angkasa Wentian berlabuh dengan stesen angkasa Tiangong. Makmal angkasa lepas itu dilancarkan ke orbit pada 24 Julai lalu yang bertujuan menjalankan pelbagai eksperimen termasuk penanaman padi.

Penyelidik di Pusat Kecemerlangan Sains Tumbuhan Molekular, Akademi Sains China, Zheng Huiqiong berkata, benih padi varieti tinggi tumbuh mencecah ketinggian 30 sentimeter sejak eksperimen dijalankan 29 Julai lalu.

Katanya, benih padi varieti pendek pula tumbuh hingga kira-kira lima sentimeter.

“Angkasawan terbabit akan terus memantau tanaman berkenaan. Jika eksperimen itu berjaya, mereka akan mengumpulkan benih baharu yang terhasil dan membawanya pulang ke bumi untuk kajian lanjut,” katanya.

IMG 20220904 174745

Usaha yang dijalankan di Tiangong adalah yang pertama menyasarkan kitaran lengkap tanaman itu, bermula dengan benih hingga menjadi tumbuhan matang dan menghasilkan benih baharu, berbanding eksperimen penanaman padi lain.

“Kami mahu menyiasat bagaimana mikrograviti boleh menjejaskan masa berbunga tumbuhan pada tahap molekul, dan sama ada ia mungkin menggunakan persekitaran mikrograviti untuk mengawal proses yang berkaitan,” kata Huiqiong kepada China Daily.

Dalam pada itu, Huiqiong berkata, sekiranya mahu mendarat dan menerokai planet Marikh, bekalan makanan yang dibawa dari bumi tidak akan mencukupi bagi angkawasan menempuh perjalanan jauh serta misi di angkasa lepas.

“Jika kita mahu mendarat dan meneroka Marikh, membawa makanan dari bumi tidak mencukupi. Sebab itu, kita perlu mencari sumber makanan yang mampan untuk penerokaan angkasa lepas jangka panjang,” katanya. – Sumber Yahoo News.

IMG 20220904 173311Kerajaan China berharap angkasawan mampu meningkatkan kemampuan melakukan eksperimen sains di stesen angkasa lepas Tiangong. – Foto NASA.

Sumber: www.infomalaysiatrending.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI