27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Sudah tidak tinggal sebumbung, Noor Nabila & Engku Emran bercerai?

Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga kakak kepada aktres terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah rentak dan kini sedang menanti terbelah sahaja.

Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan kini dalam fasa memproses perceraian.

“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” kata sumber kepada Harian Metro.

Tambahnya, hubungan mereka berdua sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila foto dan video bersama tidak kelihatan di media sosial masing-masing.

Dan, apa yang membuatkan dakwaan ‘perpisahan’ mereka adalah kelibat Engku Emran sewaktu menghantar Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah semalam juga tidak kelihatan.

332185209 1409685159844110 1464467006387097283 n

Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Namun, sebelum ini masing-masing pernah mendirikan rumah tangga di mana Engku Emran berkahwin dengan selebriti jelita, Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

1083381

Selain itu, dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor kacak, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI