31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Sungguh Tidak Disangka Dengan Cara Ini Akak Jual Nasi Lemak Tu Beramal, Terharu & Sangat Kreatif

Beberapa ketika lalu viral di dalam media sosial berkaitan perk0ngsian yang dibuat oleh Ameerul Hayat yang berlaukkan wang RM5 dalam nasi lemak yang dibeli.

Standard nasi lemak biasanya akan ada lauk sambal tumis, telur rebus, ikan bilis beserta kacang goreng, dan timun di dalamnya.

Tapi bila ikut peredaran masa ini, nasi lemak boleh ditambah dengan lauk-lauk lain seperti ayam, sotong, paru dan kerang serta aneka sayur pilihan.

Namun lain pula pengalaman seorang lelaki ini apabila bungkusan nasi lemaknya mengandungi ‘lauk’ istimewa. Siapa sangka, apabila membuka bungkusan nasi lemaknya, terselit sekali dengan nota RM5 yang disimpan kemas dalam plastik kecil.

2 32

Terkejut dan teruja dengan pengalaman itu, Ameerul Hayat telah berkongsikan pengalaman tersebut di laman Facebook.

Menurut Ameerul, nasi lemak tersebut sebenarnya dibeli oleh rakan isterinya di sebuah gerai yang terletak di Taman Saujana Kota Tinggi, Johor

“Nasi lemak ini dibeli rakan isteri. Dia beli enam bungkus. Bila buka ada duit, saya terkejut. Terus WhatsApp hantar gambar dan tanya bini, apa maksudnya? Bini saya jawab mungkin peniaga tersebut nak bersedekah sebab duit itu terletak elok dalam plastik takut kotor kena sambal,” katanya.

Tambahnya lagi, ini kali ketiga rakan isterinya membeli nasi lemak berharga RM1.50 sebungkus di gerai terbabit dan baru kali ini terdapat duit di dalamnya.

3 15

“Dalam enam bungkus itu saya yang bertuah kerana dapat RM5. Saya kira ini hari bertuah untuk saya. Peniaga itu pula, dalam berniaga pada masa sama dia nak buat sedikit amal. Saya mend0akan agar perniagaannya semakin maju,” ujarnya.

Baru-baru ini se0rang pengguna Twitter @hznietlib turut berk0ngsikan nasib yang sama apabila mendapati ada nota RM5 dalam nasi lemaknya.

Semoga dimurahkan rezeki peniaga yang menjual nasi lemak itu.

Pelbagai cara untuk nak buat amal dan kebaikan, terpulang atas kreativiti masing-masing.

Sumber: myteamnetwork.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI